Showing posts with label Raya 2009. Show all posts
Showing posts with label Raya 2009. Show all posts

Eid Mubarak

Monday, 21 September 2009

Assalamualaikum,

Eid Mubarak, qullu aamin wa antum bi khair

Hari raya pertama tahun ni di kampung sebelah abah di Kg. Sg. Serdang, Kapar, Klang. Tahun ni keluarga ku beraya dengan baju baru warna purple semua..yeah! Keluarga Hafsa je warne brown..

Selesai sudah

Wednesday, 16 September 2009
Assalamualaikum,

Selesai kelas lepas berbuka tadi, aku bergegas ke PKNS Shah Alam. Memang aku sudah rancang dari siang hendak ke sana membeli baju raya buat Abah, Mama, Hannah, Hanaan & Hanis (entah macam mana Hasif boleh tertinggal..aduh! Maaf ye!)

Sebetulnya siang tadi aku jual cincin tunang dulu tu. Bukan kerana ada rasa pahit kenangan itu, tetapi sebenarnya aku tak minat rekabentuknya, terlalu 'old-fashion' la..hahaha memilih aku nih. Jadi dari tidak dipakai baik aku jual saja. Lagipun memang dapat kebenaran tuan yg memberi dulu tu. Jadi dapat lah RM187. Hmm nak buat apa dengan duit ni ye? Sudahnya aku pikir baik beli baju raya untuk adik beradik & mak ayah. Tambahan pula ada RM300 duit raya orang bagi. Aku ni kalau ada duit banyak jarang berbelanja untuk diri sendiri sebab tak tahu nak beli apa. Kalau takde duit tu, ada saja yang hendak dibeli pulak.

Sampai saja di PKNS jam 8 malam aku terus melilau dengan pantas (tak nak bersesak dgn org yg datang lepas berbuka) dan mensasarkan waktu sejam untuk membeli semua baju raya. Tema kali ni aku pilih warna ungu.Yeah! itu lah dia kuasa Kak Long! Hahaha..semua adik beradik kena dengar cakap. Mana yang tak suka purple kena paksa juga beli purple. Nasib baik akak tak suruh beli pink tau!

Bawa balik baju-baju yg dibeli tu, baru aku perasan tertinggal nak beli untuk Hasif. Haarith dah keje ada duit sendiri kena beli sendiri la ye, tapi pastikan warna purple juga. Akak tak kira! Hanif & Hafsa yang dah berkeluarga sudah ada warna tema masing-masing jadi tiada paksaan. Untuk Haidar & Husna di Mesir akak mampu bagi duit Raya je la ye. Akak dah bank-in siang tadi.

Sungguh senang hati ini bila keperluan keluarga dapat aku penuhi. Hati gembira bila melihat mereka gembira. Rezeki yang ada dikongsi bersama..

p/s: Hasif, nanti akak bg duit kat mama minta belikan ye? Akak tak sempat la nak belikan sebab esok pagi dah balik TM. Sana takde pilihan sangat.

Persiapan menjelang Raya

Tuesday, 15 September 2009
Assalamualaikum,

Seminggu akhir ni saya masih bekerja. Hari Sabtu baru mula cuti. Alhamdulillah dapat cuti seminggu sebelum kembali bertugas.

Persiapan Raya? Lama dah ada baju. Pakai je yg ada. Orang tak pernak nampak kita pakai baju tu akan ingat tu baju raya la.. :D

Yang penting baju untuk mama, abah & adik-adik ni. Ingat nak beli sedondon warna purple semua..cewah..macam boria kata kawan saya. Tapi bila masa nak beli ni? Balik Shah Alam petang ni terus ada kelas sampai 11 malam. Esok mungkin boleh sebab kelas esok sampai 8.30malam.

Hari-hari lain tak sempat sebab di Tanjung Malim ni 'limited choices'. Kena pegi Shah Alam @ KL je la nak banyak pilihan.

Adik-adik yang kat Mesir tu, bagi duit raya je la. Haidar bagi no. akaun HSBC kat akak. Esok akak boleh bank-in kan. Husna dah dapat kan hari tu.

Tahun ni takde bonus. Tapi gaji dah masuk dah. Tapi kena berhati-hati belanja sebab tu merangkumi belanja bulan depan juga tu. Kalau tak beringat, memang mencari nahas!