Kegembiraan ku dalam memberi

Sunday, 28 September 2008
Assalamualaikum,

Kegembiraan ku adalah dalam memberi. Walaupun ku gembira juga menerima, tapi nikmat memberi adalah lebih terasa.

Ku gembira jika adik-adik ku & ipar ku gembira dengan hadiah baju raya yang tak seberapa tu. Rasa terharu sangat-sangat.

Kegembiraanku lebih-lebih lagi kerana mama paling suka hadiah-hadiah dari ku. Walaupun baju murah je yang dapat ku hadiahi buat mama setiap kali raya & hari jadi, tapi mama gembira sangat bila ditanya kawan-kawan dia yang baju dia pakai tu anak dia yang beri.

Ku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memurahkan rezekiku.

Ayuh kawan-kawan ku sekalian, banyakkan memberi dengan ikhlas kerana nikmatnya tak terkata.

Eid Mubarak

Friday, 26 September 2008
Assalamualaikum,



Di hari-hari akhir Ramadhan ini, saya merebut peluang untuk meyumbang sebanyak mungkin. Saya sangat percaya kepada kuasa memberi dari menerima, kerana saya amat yakin Allah menggandakan apa yang kita beri secara ikhlas pada orang lain. Secara umumnya, orang memberi duit raya semasa hari raya, kali ini saya ingin mengubah tradisi. Jadikan duit raya sedekah di bulan Ramadhan. Moga ada bahagianku di akhirat nanti.

Oleh itu, kalau sesiapa yang berjumpa dengan saya selepas cuti raya ni, maaf lah ye takde duit raya :D Ooopss..untuk bujang-bujang dan kanak-kanak sahaja. Mak budak & ayah budak tak dapat ye :D

Apa-apa pun di sini saya ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua pembaca blog saya. Moga Syawal ini kita akan teruskan amalan di bulan Ramadhan ini. Jangan lupa puasa sunat Syawal. Mohon maaf atas segala kekhilafan jika ada. Sesungguhnya yang lemah itu datang dari saya hambaNya yang lemah dan segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T jua.

Kisah Ini

Wednesday, 24 September 2008
Assalamualaikum,

Kisah ini dikirim oleh netters alumni sekolah saya. Walaupun saya tidak mengenali arwah, tapi dia merupakan junior di sekolah saya. Tak silap satu batch dengan adik saya yang ke-5. Baca kisah ini yang disalin dari Anak Bapa.

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah Dalam Kenangan

Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang melulu dan tidak terkawal. Tetapi hakikatnya itulah perasaan seorang ayah yang kehilangan anak tercinta ……

Tanggal Isnin 8 September 2008 , di kala umat Islam sedang asyik mengerjakan solat sunat Tarawih , puteriku Siti Hajar dalam diam-diam dijemput menemui PenciptaNya. Umurnya yang baru menempuh 23 tahun , pelajar tahun 1 UIA di dalam bidang Bahasa Arab dan memiliki tubuh badan yang sihat bukanlah merupakan alasan untuk memanjangkan usianya. Saat dan ketika puteriku dah sampai , dan sebagaimana janji Allah swt , 1 saat pun tidak akan ditangguhkan apabila ajal dah tiba. Aku pasrah kepada ketentuan Ilahi …….

Kakak , begitulah ia membahasakan dirinya , tidak pernah sakit lebih daripada 2 hari lamanya sebelum ini. Itu pun jarang berlaku. Kakak seorang yang sihat dan aktif di dalam kerja-kerja jamaah dan pelajaran. Secara tiba-tiba Kakak terkena sakit ruam di seluruh badan lebih kurang sebulan yang lalu. Aku ubati Kakak sebagaimana biasa. Ruamnya sembuh tetapi sendi-sendi kakinya pula rasa sengal dan sakit. Ujian darah di SJMC menunjukkan Kakak mengidap “Rheumatoid Athritis” yakni radang sendi di peringkat awal. Menurut doktor yang mana juga aku persetujui , ia hanya kecil , mudah sembuh dan tidak merbahaya. Kakak mengambil ubat-ubatan secara alopati , homeopati dan juga rawatan secara Islam. Hasilnya Kakak hampir sembuh 2 minggu kemudian. Apa yang peliknya , kebiasaan manusia apabila penyakitnya makin sembuh maka tahap kecergasannya pun semakin meningkat. Tetapi tidak dengan Kakak. Kecergasannya semakin menurun walaupun penyakitnya semakin sembuh. Ini yang membingungkanku dan semua orang ……

Lebihkurang 1 minggu yang lepas , Kakak tiba-tiba demam. Demam biasa saja , suhu tinggi sikit dan diiringi dengan batuk dan cirit-birit. Walaubagaimana pun keadaannya tidaklah begitu membimbangkan , musim demamlah katakan …..

Hari Isnin , ketika aku sibuk bersiap untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi , isteriku memaklumkan bahawa Kakak merasa sedikit penat hari itu. Aku jenguki Kakak dan mendapati ia sedang berbaring relaks. “Nampak biasa saja , ” bisik hati ku lantas bergegas ke tempat kerja. Di sekitar pukul 6.30 petang aku pulang dari kerja dan terus menjenguk Kakak. Pelik hari tu kerana Kakak tidak berbaring di biliknya sebaliknya memilih berada di bilik tetamu. Sebaik aku masuk , terpandang keadaan penat Kakak yang agak melampau sehinggakan kepala dan tangannya tergoyang-goyang di luar kawalan. “Ini sangat serius , ” bentak hatiku. Saya cadangkan kepada Kakak supaya kita ke klinik tetapi Kakak menolak dengan lembut. “Kakak tak taulah ayah , Kakak penat betul hari ini. Boleh tak esok saja kita pergi klinik?” , ujarnya dengan nada yang amat memilukan. Hatiku bagai disiat-siat melihat keadaan Kakak. Aku angguk kepala tanda setuju. Aku duduk di sisinya lantas memegang dan mengusap tangan dan muka Kakak. Suhu badan normal , sendi-sendinya pun sudah tidak sakit lagi dan batuknya pun telah ghaib entah ke mana. Kakak berkata ia semakin sihat. Peluhnya keluar mencurah-curah dan ia berselera sekali makan. Walaupun ketika aku amati wajahnya dalam-dalam kelihatan seolah-olah ia seperti nazak tetapi aku cuba nafikan hakikat ini kerana keadaan fizikalnya tampak semakin baik. Baru aku sedari kemudian bahawa Kakak bukan penat biasa tetapi nyawanya semakin pendek dek ditarik perlahan-lahan oleh Malikul-Maut.

Aku berbual-bual mesra dengan Kakak sambil ia memegang erat tangan ku. Apabila aku menarik tangan untuk pergi bersiap berbuka puasa , Kakak merayu supaya aku tunggu sekejap lagi bersamanya. Aku berjanji akan kembali menemani Kakak selepas berbuka puasa di masjid. Sekembali aku dari masjid aku dapati Kakak semakin ok , siap senyum lagi dan meminta ayah pergi bertarawih ke masjid. Dia dah sembuh , katanya. Aku pergi bertarawih dengan agak ceria apabila mendengar pengakuan Kakak. Telepon bimbit pun tidak “bervibrate” ketika solat bermakna semua ok di rumah.

Ketika aku berada 100 meter dari rumah waktu pulang bertarawih , tiba-tiba telepon bimbit berbunyi. “Cepat bang anak kita tak mahu bangun!” , jerit isteriku. Menurut isteriku kemudiannya , selepas aku ke masjid , Kakak minta nak solat segera selepas azan Isya. Selesai solat ia meminta kebenaran maknya untuk berbaring relaks buat seketika. Maknya pun bersetuju dan membiarkan Kakak berbaring sambil ia sendiri menunaikan solat tarawih berhampiran dengan Kakak. Selesai solat witir isteriku berpaling ke belakang dan mendapati Kakak sedang berbaring tidak bergerak-gerak. Ia lantas cuba membangunkannya tetapi Kakak tetap membisu…..

Aku periksa nadinya , cuba mengesan bunyi nafas dan degupan jantungnya , tapi tiada. Aku cuba lakukan CPR , dan sebaik saja aku tiup di mulutnya udara mudah saja sampai ke paru-paru seolah-olah aku sedang meniup melalui straw ke dalam belon. Ini membuktikan bahawa Kakak sudah pergi , pergi selama-lamanya …..

Aku tidak mahu menghampakan isteriku. Lantas aku ajak abang ipar ku untuk mengangkat Kakak ke dalam kereta dan segera menuju ke pusat perubatan berhampiran. Sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan , doktor di bahagian kecemasan hanya mengambil masa 10 minit untuk mengesahkan apa yang kami amat takuti , yang Kakak telah pun meninggalkan kita lebih setengah jam yang lalu. Air mata semua berguguran tak tertahan-tahan lagi. Aku cuba gagahi bertahan. Sebagai ayah aku kena pujuk ahli keluarga lain. Bagaimana dapat aku lakukan tugas ini jika aku turut sama terheret di dalam pesta air mata. Berterusan doaku semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat hebat ini. Alhamdulillah makbul …..

Doktor tidak tahu nak tulis kematian mengejut ini disebabkan oleh penyakit apa. Umur muda dan tidak ada sejarah sebarang penyakit merbahaya. Dia meminta saya bersetuju dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedahsiasat. Aku merayu dan merayu supaya jenazah puteriku tidak disiksa begitu rupa. Berkat doa dan pertolongan semua , sekali lagi Allah swt makbulkan doaku. Jenazah Kakak sedia untuk dibawa pulang ke rumah. Di saat itu pusat perubatan sudah dibanjiri oleh saudara dan rakan yang datang untuk berkongsi sedih. Di sekitar 1.30 pagi , jenazah Kakak sudah ada di rumah menunggu esok untuk dikebumikan. Ayah dan makku di kampong sudah luluh di dalam tangisan hiba. Mereka segera bertolak dari Perlis untuk bersama berkabung bersama keluargaku. Rakan taulan dan saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah ku sehingga ke subuh. Pukul 11 pagi Kakak dimandi , dikapan dan disolat jenazah (yang aku imami) sebaik saja selesai solat zohor. Menurut sorang Pak Aji yang tinggal berdekatan masjid mengakui bahawa ini adalah sejarah kehadiran paling ramai makmum bersolat jenazah sejak masjid ini mula dibuka. Rezekimu Kakak ……

Kakak selamat dikebumikan di Seksyen 21 , Shah Alam sekitar jam 3.00 petang. Ayahku sendiri yang membuat tazkirah dan doa selepas selesai upacara pengkebumian. Kami sekeluarga pulang , pasrah kepada ketentuan Ilahi bahawa Kakak telah pergi buat selama-lamanya menemui allah rabbuljalil.

Ramai teman bertanya bagaimana aku boleh begitu “cool” menghadapi saat-saat kematian puteri sulong tercinta. Jawapannya mudah , kerana kekuatan yang Allah beri kepada ku. Kakak pergi dalam keadaan yang paling baik yang boleh kita minta. Ia anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa , berakhlak mulia , sentiasa menjaga kehormatan diri dan ibadat. Malah ketika berbaring , lidahnya tidak lekang membaca Al-Qur’an dan berwirid. Kakak adalah insan yang mudah bertolak ansur dalam bab keduniaan. Jawapannya sentiasa , ”Ikut suka hati ayah …..”. Walaubagaimanapun , Kakak begitu tegas dalam bab agama. Berapa kali bapa saudaranya ditegur kerana masih merokok. Kakak diberi pendidikan agama sejak kecil sehingga di Universiti , samada di sekolah atau di rumah. Kakak seorang yang rajin di dalm kerja-kerja jamaah dan memang memiliki jiwa pemimpin. Kehadiran ramai temannya dari UIA membuktikan hakikat ini. Di samping itu Kakak sangat cemerlang di dalam pelajarannya. Beberapa hari selepas meninggal dunia , kami menerima sepucuk surat daripada UIA memaklumkan Kakak tersenarai di dalam Senarai Dekan kerana kecemerlangan akademiknya. Saya menyaksikan sendiri banyak tanda-tanda kurniaan Allah kepada Kakak. Bilik tempat Kakak meninggal dunia harum semerbak bau bunga-bungaan (sehingga ke hari ini) walaupun kita tak pernah bawa masuk sekuntum bunga pun ke dalam rumah. Waktu dimandi jenazahnya oleh maknya tak ada sedikit najis apa pun keluar darinya. Wajahnya puteh berseri-seri , lembut ayu dan tersenyum seolah-olah seperti sedang tidur. Kombinasi semua ini dan banyak lagi memberikan seribu alasan untuk kami lebih gembira daripada bersedih di atas pemergiannya. Namun sebagai ayah , kehilangan Kakak tetap dirasai dan dirindui. Kakak telah membawa bersama secebis hati ayah yang tak mungkin dapat ayah perolehi kembali di dunia ini. Ayah sayang kepada Kakak dunia hingga ke akhirat ……..

Anak Bapa: Moga Allah cucuri ruh Kakak dan ditempatkan di kalangan orang yang solihin …….

Nota: Menurut adik ku yang Dr, kemungkinan ruam itu telah menular ke jantung atau paru-paru yg memang boleh menyebabkan kematian. Wallahualam

Shoulder Ache

Thursday, 18 September 2008
Assalamualaikum,

Is there such condition? All I know is that my left shoulder hurts so much. I can't lift my arms, I can't exert myself using my left arms, I can't lift heavy objects, bla..bla..bla.

Point is, I have to use my left arm. It complements my right arm and it makes my work done faster. Now I know how it feels to be handicapped. Thank Allah for the reminder.

Now, where can I see someone who can massage my shoulder?

Books During Ramadhan

Wednesday, 17 September 2008
Assalamualaikum,

Isnin lepas sementara menunggu ayah saya menjemput pulang ke rumah, saya singgah di kedai buku kat bawah ofis. Niat di hati hanya nak tengok-tengok saja buku-buku yang ada. Alih-alih beli juga buku. Bukan satu tapi 4! Buat pertama kalinya saya beli semua buku non-fiction.

Tajuk: Dilema Melayu - Islam; Kurang Fikir Atau Kurang Zikir
Pengarang: Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Mukasurat: 350
Harga: RM 30.00 / RM 32.00 (S/S)

Tajuk: Kemuncup Dalam Perjuangan
Pengarang: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd
Mukasurat: 228
Harga: RM 17.00 / RM 20.00 (S/S)

Tajuk: Kisah Cinta Sejati Khadijah
Pengarang: Abdul Mun'im Muhammad Umar
Penerbit: Kharisma
Mukasurat: 363
Harga: RM 28.90 / RM 30.90 (S/S)

Tajuk: Alex Goh Baking Class - Fruity Cakes
Pengarang: Alex Goh
Penerbit: Seashore Publishing Co.
Mukasurat: 158
Harga: RM 30.00

Tagging Game

Assalamualaikum

As tagged by Nuha, here are the questions:

  1. What is the most important thing in your life? - Family, trust, honesty & love
  2. What is the last thing that you bought with your own money? - books
  3. Where do you wish to get married? - my hometown
  4. How old do you think you will be permanently owned by your love? - till the I reach the Other World
  5. Are you in love? - dunno...
  6. Where was the last restaurant you had dinner? - Bites Cafe, Damansara Perdana
  7. Name the latest book that you bought? - Fruity Cakes, Kemuncup Dalam Perjuangan, Dileme Melayu Islam & Kisah Cinta Sejati Khadijah
  8. What is your full name? - H**A
  9. Do you prefer your mother or father? - both
  10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time. - Habiburrahman El Shirazy
  11. Christina or Britney? - who are they?
  12. Do you do your own laundry? - yes!Bold
  13. The most exciting place you want to go? - Egypt
  14. Hugs or kisses? - both. I get them often from my mother, aunt & cousin
  15. 8 things I am passionate about - work, clothes, shoes, photography, design, gadgets, books & travelling
  16. 8 things I say too often - suka hatilah, terpulanglah, malaslah nak pikir, ookaaayyy, macam mana awak tahu?, awak pasti?, buktikan, thank you
  17. 8 books I’ve read recently - Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Niagara, Kuseru Namamu Kekasih, aA+Bb, Tunas & Dilema Melayu Islam
  18. 8 songs I could listen to over and over again - Satu Rindu (Opick), Maulay (Muhammad Al Husayn)m Andai Ku Tahu (Ungu), SurgaMu (Ungu), Ya Rabbibil Mustofa (Haddad & Sulis), Ruang Rindu (Letto), Ayat-Ayat Cinta (Rossa) & One In A Million (Bosson)
  19. 8 things I learned last year - patience, perserverence, hardwork, trust, honest, sharing, inner peace, forgiveness
  20. Tag 8 people: Wanie, Aini, Aida, Najah, Ryehannaz (kata tak suka tangguh tag kan? :D), Mynie, Hanif & Hanis

Selamat Belajar

Thursday, 11 September 2008
Assalamualaikum,

Hari ini saya ambil cuti sempena hendak menghantar adik saya yang ke-6 ke KLIA. Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat sambung belajar di bumi Anibiya', Mesir di Mansourah dalam bidang Usuluddin.

Kami (mana adik beradik yang sempat iring) ke KLIA pagi-pagi lagi memandangkan penerbangan dia jam 12 tgh yang akan transit di Bahrain sebelum ke Mesir.

Hmm..raya ni kurang lagi sorang. Selama 6 tahun adik yg ke-3 merantau sekarang baru pulang, bepergian pula adik yang ke-6. Ialah masin-masing sudah besar, merantau ke sana ke mari menuntut ilmu. Setakat ni kami adik beradik tak cukup lagi 10 orang berkumpul kalau waktu Raya. Tapi OK la sebab ada dua ipar & 2 anak sedara. Coming soon in 5 months tambah lagi sorang anak buah insya'ALLAH.

Kepada adik ku, andai kemudian kau baca ini, pesan akak belajar rajin-rajin. Jangan timbul rasa jemu & ambil segala peluang belajar dengan alim ulama di sana. Kadang timbul rasa hendak putus asa, ingatlah dirimu pergi dengan memikul amanah orang. Tunaikan amanah itu insya'ALLAh ilmu itu pasti berkat.

Ku Berfikir 2

Sunday, 7 September 2008
Assalamualaikum,

Dalam keheningan malam semalam, aku berfikir, sekadar lintasan di hati, betapa aku sememangnya bertuah dilahirkan Islam. Aku sememangnya bertuah diberi Allah hidayah untuk terus mengamalkan Islam.

Dilahirkan Islam, aku berfikir, Allah itu Maha Agung, yang telah memberi hidayah kepada moyang-moyangku dahulu untuk beragama Islam. Kalau tiada hidayah Allah ini, mungkin juga aku kini beragama Hindu, warisan kerajaan Majapahit ataupun Buddha warisan kerajaan Mataram (sebelah ayaku keturunan Jawa & sebelah ibuku keturunan Banjarmasin, Kalimantan)

Kadang-kadang dalam hidupku ada tersasar, tapi Maha Suci Allah yang tetap memeliharaku dalam Iman, Maha Agung Allah yang sentiasa memberiku hidayah mengukuhkan akidah. Ku pohon begitulah agar bila tiba masa aku pergi menghadapnya biar aku kekal beriman kepada Tuhan Yang Esa, Tuhanku & Tuhanmu. Dan kerana tuah itulah, aku berusaha membaiki diri. Berusaha meninggalkan dosa & berusaha membanyakkan pahala.

Sekadar renungan masa hadapan aku juga risau, mungkin anak keturunanku ada yang tersasar. Bak lirik nasyid Raihan, "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa". Semoga Allah pelihara akidah ku & meningkatkan taqwa ku.

p/s: Masih terkesan dengan watak Laksamana Sunan dalam trilogi Ramlee Awang Murshid (Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pecinta)

Ramadhan Kareem

Friday, 5 September 2008
Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke 5 Ramadhan. Moga kita terus berusaha untuk mengurangkan dosa, menambahkan pahala, membanyakkan amal, menguatkan iman & mengukuhkan takwa.

Hmm..dalam bulan puasa ni la saya suka makan. :D bukan sebarang makan ye, tapi masakan ayahanda tercinta. Kalau abah takde kat rumah, saya dan mama macam mati kutu je nak masak apa. Tapi kalau abah ada, wah! dari 'nothing to something' la dia masak. Memang sedap masakan abah. Semua 10 orang anaknya akui itu..cewah..puji abah sendiri ni :D

Berbuka puasa setakat ni masih di rumah & masak sendiri. Belum lagi beli juadah berbuka (tak teringin nak pegi pun pasar Ramadhan ni). Keluarga saya senang je makan. Kadang-kadang berbuka dengan 'french toast & nugget' je, kadang-kadang lauk ayam je, kadang-kadang nasi goreng, kadang-kadang 'tartlet'. Kami tak kisah semua tu asalkan yang masak di rumah. Kami makan pun sampai takat nak solat maghrib. Lepas tu tak makan dah. Abah kata kena kurangkan makan, banyakkan minum air.

Setakat ni masih belum berkumpul semua adik-adik & ipar-ipar berbuka di rumah. Cuma hari pertama puasa yang memang tradisi keluarga berkumpul di rumah nenek bersama keluarga pakcik & makcik yang lain. Meriah sungguh. Satu keluarga bawa sikit-sikit juadah berbuka, bila kumpulkan jadi banyak juga. Cukuplah untuk jamu lebih kurang 30 org yang berkumpul kat kampung tu.