Selamat Pengantin Baru...

Monday, 20 December 2004
Ahad lepas adalah hari pernikahan sahabat baik ku sejak darjah 3 di SRI Hira' dgn suaminya. Pernikahan je.. :-) Jadi yg datang sahabat2 dan sanak saudara ajelah. Kendurinya nanti..bulan Februari 2005. Tika itu semua warga Hira' dijemput hadir. Buat Laila Khamsiah dan Faiz..Selamat Pengantin Baru dari kami Batch 2

p/s:Nak tengok gambar pengantin..klik kat tajuk atas tu...

Tak Mengaku BERSALAH!!!

Wednesday, 15 December 2004
Wadi tak mengaku bersalah membunuh Kak Ayu..
Sebab mungkin keluarga dia sayangkan dia lagi..
Lagipun tiada saksi yg nampak dia tikam perut Kak Ayu..pulak tu peguam dia boleh membuat pembelaan dia tak waras masa tikam arwah Kak Ayu..
Biarlah..mungkin Allah jua yg menentukan ajal maut seseorang..
Balasan mungkin tak dapat di dunia..tapi di akhirat tetap menanti..
Hukum bunuh kena bunuh juga..adilnya Islam itu..

TAJUK APA YE....??!!?/

Saturday, 4 December 2004
Assalamualaikum...Selamat Menjelang Zulkaedah...
Hmm..tak tau nak tulis apa. Yelah..tgh BUSY!!! cari info untuk Design Thesis dan Dissertation..
Anyway..bulan ni best sikit..banyak kenduri..:) kenyang la jawabnya..
Hehehe..kena banyak puasa sunat ni..biar seimbang dunia akhirat..amin.
Kepada semua sahabat-sahabat, nilai la diri kita untuk tahun 2004 ni. Tahun yg baru bakal menjelma, apa yg kita rancang dan apa yg akan kita buat ye??hmm..sama-sama kita muhasabah...

Selamat Hari Raya...SILA KLIK DI SINI!!!

Saturday, 20 November 2004

Di pagi Hari Raya selepas balik dari masjid Posted by Hello

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapakan pada semua pengunjung blog ku..
Harap-harap korang sihat ye..jgn demam raya macam aku ni udah la ye..

Ok..Hari Raya hari tu aku sekeluarga balik Mersing, Johor kali ni. Kami bertolak jam 8 malam hari Jumaat. Pertama kali kitaorg balik malam. Selalunya balik siang.
Anyway kami sampai sehari sebelum Raya la..jam 1 pagi hari Sabtu selepas 6 jam memandu.
Kat Mersing kali ni ada Makcik Jiah, Cik Imah, Pakcik Jamal, kami, Pakcik Majid dan Cik Eton. Pakcik Jalil sekeluarga tak balik sebab Nois ada SPM. Janna & Fatehmuntazar sampai pada raya ke-3. Diaorang raya kat Perak dulu.

Sambutan Raya kali ni lain sikit. Kalau dulu ada sesi bergambar di pagi raya ikut keluarga..tapi kali ni takda sesi tu lagi. Cuma gambar-gambar kandid yg aku ambik. Ini adalah kerana raya tahun ni ada kekurangan 2 insan tersayang iaitu arwah atuk, Hj Hassan b. Johari, yg meninggal bulan 1 hari tu dan arwah sepupu Noorziayu bt. Md. Noor yg meninggal bulan 7 hari tu. (Yg keluar paper pasal pembantu penyelidik mati dibunuh bekas kekasih).

Sayu rasa hati tengok Makcik Jiah sekeluarga..tentu di hati mereka rasa sebak kerana buat pertama kalinya arwah Kak Ayu takde. Aku pun rasa sayu..sebab kadang-kadang terngiang-ngiang di terlinga ni suara Kak Ayu bergurau senda di malam raya. Seboleh mungkin kami tidak menyebut nama Kak Ayu didepan keluarga Makcik Jiah. Bimbang mengundang rasa pilu. Pada hari aku sampai Mersing, aku di beritahu yg semalamnya harijadi arwah Kak Ayu. Sayu aku lihat makcik Jiah menangis.

Apa-apapun kalau nak tengok suasana tempat aku beraya..klik di atas ye. Kampung aku ni tepi pantai je..jadi banyakla gambar kat pantai. Tapi sekarang musim tengkujuh..jadi air keruh dan ombak kuat. Kalau datang dalam bulan 6 air laut hijau kebiru-biruan..jernih..

Ok..Salam Eid Mubarak diucapkan pada semua...

IFTAR RAMADHAN ALUMNI HIRA'

Saturday, 6 November 2004
4.30pm - Aku mula memasak makanan utk dibawa ke Iftar nanti. Sekadar membuat nasi goreng untuk 20 orang. Iftar Alumni kali ini diadakan di Hira' Shah Alam.

6.00pm - Aku sudah pun bersedia utk bertolak. Tika ini hujan sedang lebat turun.

6.15pm - Aku, adikku dan Nuha bertolak. Aku drive menuju ke Hira' Shah Alam melalui highway NKVE memandangkan tika itu hujan sedang lebat turun, jadi aku menjangkakan 'traffic jam' akan berlaku di Federal Highway dan Hicom. Aku memandu dalam keadaan berhati-hati kerana keadaan ketika itu agak kelam. Tak nampak apa kat luar..nampak hujan je.

6.40pm - Aku sudah tiba di Seksyen 27 setelah exit di USJ. Nasib baik tak 'jam'. Tiba di satu tempat, aku tak perasan air dah naik tinggi. Apalagi kereta aku redah je banjir tu..tiba-tiba kereta yg aku drive menjadi perlahan. Terus aku tukar ke gear 2 tanpa melepaskan pedal minyak. Alhamdulillah kereta aku lepas..aku perasan juga ada satu kereta dah sangkut dalam air tu.

7.00pm - Kami tiba didepan bangunan Hira' Shah Alam. Baru beberapa orang tiba. Itupun baru nak buka lampu blok yg akan kami gunakan nanti. Kami naik keatas dan menyediakan makanan yg kami bawa. Tika ini akhawat baru ada dalam 5 org. Kami tidak menjangka ramai yg akan hadir sebab masa tu hujan dan orang semua baru nak balik kerja.

7.15pm - Waktu merangkak jauh melepasi waktu berbuka. Tika ini ramai yg sudah hadir. Ada yg berbuka dalam kereta dahulu sebab tak sempat sampai lagi. Alhamdulillah makanan yg masing-masing bawa (pot-luck) banyak sekali. Kami makan sambil beramah mesra antara batch. Jumlah yg hadir pada waktu ini adalah 20 ikhwah dan 33 akhawat menjadikan jumlah yg hadir seramai 53 orang.

7.45pm - Akhawat baru nak solat Maghrib sebab kami makan dahulu makanan berat.

8.15pm - Sesi berkenalan diadakan. Pada ketika ini Muallimah Rahimah sudah datang. Muallim Muhaimin dimaklumkan tidak dapat menghadirkan diri. Batch yg hadir terdiri dari batch 1 hingga 9.

8.30pm - Akhawat bergerak ke bawah utk menunaikan solat Isya' dan Terawih secara berjemaah dengan Ikhwah. Solat diimamkan oleh Akhi Fatehmuntazar (Imran K).

9.00pm - Selesai solat Isya' dan sunat Terawih 4 rakaat Akhi Ameen (Presiden Alumni) menyampaikan Tazkirah tentang perlunya kita mencari LailatulQadar pada 10 malam terakhir Ramadhan ini sampai dapat.

9.15pm - Solat sunat Terawih disambung kembali utk 4 rakaat lagi.

9.30pm - Sesi bersama Muallimah Rahimah bermula. Satu sesi yg aku kira lain pengisiaannya yg buat aku rasa sebak. Dalam sesi ini muallimah mengingatkan kami ahli-ahli Alumni utk menyedari semula bahawa 'expectation' yg diharapkan dari mereka yg pernah bersekolah di Hira' adalah amat tinggi sekali berbanding dengan sekolah2 lain hatta sekolah elit sekalipun.
Kami ini adalah hasil dari usaha ibu bapa yg risau akan masa depan apakah yg akan ditempuh oleh anak-anak mereka kelak. Atas kerisauan itu lah maka ibu bapa yg pada ketika itu sama dengan usia kita sekarang ini telah membina Sekolah Hira' dan Al-Amin. Muallimah Rahimah mengharapkan kami semua tidak lupa akan tujuan penubuhan Hira' dan berharap agar kami Alumni juga bersedia utk masa depan anak-anak kita kelak kerana masa depan yg akan dilalui oleh anak-anak kita entah bagaimana keadaannya nanti.
Perkara kedua yg Muallimah Rahimah sentuh adalah mengenai isu Palestin. Muallimah berharap Alumni dapat melakukan suatu perkara yg serius mulai sekarang kerana Muallimah berpendapat ahli-ahli Alumni sudah dewasa dan sudah pun berkeluarga. Isu Palestin bagi Muallimah adalah satu isu yg penting sekarang bagi umat Islam kerana musuh kita nombor satu adalah kaum Yahudi. Muallimah meminta agar kita meletakkan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin suatu hari nanti. Bukan esok, bukan minggu depan..tapi mungkin 20 tahun akan datang ketika kita dah tua tapi mampu lagi bergerak. Jikalau pun kita tidak dapat menjejakkan kaki, didiklah anak-anak kita agar mereka mengenali Palestin, agar mereka yg dapat menjejakkan kaki ke sana nanti.
Dalam menangani isu Palestin ini,muallimah meminta Alumni menanganinya secara WARAS. Jika dilaung-laungkan pun belum tentu rancangan akan berjaya sebelum bermula. Tapi jika dilakukan secara halus..tentu ada yg terkesan. Isu Palestin ini hendaklah ditangani secara bijaksana pada pandangan muallimah dan perlu dilakukan secara berterusan oleh Alumni.
Di akhir acara muallimah sempat membaca serangkap sajak yg dicipta sendiri oleh Muallimah. Sajak itu adalah mengenai permergian 'ayahanda' muallimah iaitu Sheikh Yassin.

10.15pm - Acara Iftar Ramadhan pun berakhir. Kami mengadakan sesi makan untuk menghabiskan lebihan makanan berbuka tadi.

10.45pm - Aku mula bertolak balik. Aku lalu NKVE sebab Anisah minta aku tunjukkan jalan ke USJ sebab dia tak tahu jalan. Dalam perjalanan aku ingat nak keluar kat tol Ebor/ Batu Tiga, tapi memandangkan 'jam' kat tol aku batalkan niat dan terus ke simpang ke Klang Utara.

11.15pm - Tiba di simpang ke Klang Utara aku lihat kereta depan berhenti. Aku ingat 'jam' biasa. Maka aku lalu ke Bukit Jelutong. Mana tahu bila aku lalu atas bila tengok bawah rupa-rupanya highway banjir!! Tiba di exit Shah Alam selepas keluar tol laluan di situ tak boleh lalu juga sebab banjir.

11.20pm - Maka aku terpaksa masuk ke Bukit Jelutong.Aku tersalah masuk simpang masa ni. Patut ke kanan tapi aku ke kiri. Jadi terus aku pandu masuk area perumahan Bukit Jelutong. Bila aku rasa macam salah jalan aku patah balik ke arah highway tadi dan menuju ke TTDI Jaya.

11.30pm - Aku lalu TTDI Jaya dan tak melalui jalan depan sebab aku rasa laluan tu banjir juga. Dalam drive tu hati aku 'cuak' juga, yelah jalan dah la gelap..pulak tu tak banyak kete. Aku drive menghala ke Batu Tiga. Tiba di satu jambatan yg merentangi sungai aku lihat banyak polis dan Bomba di tepi jambatan. Tika itu air sungai aku lihat dah tinggi. Jika hujan lagi aku rasa jambatan tu tenggelam. Bot-bot bomba pun ada. Lepas tu aku dapat tahu Janna & Fatehmuntazar lalu situ juga. Tapi diaorang kata tak boleh lalu sebab Bomba nak turunkan bot-bot tersebut ke dalam sungai. Tiba di Politeknik Shah Alam, aku tak ambik simpang yg masuk ke arah MAKRO sebab kat situ banjit juga. Maka aku terus ke arah Federal Highway. Tiba di simpang Batu Tiga/Federal Highway aku lihat jalan ke Batu Tiga ditutup oleh Polis. Banjir juga la tu.

12.00pm - Setelah hampir sejam berpusing-pusing mencari jalan keluar sebab banjir, aku, adikku dan Nuha selamat sampai rumah...

Sekian dulu catatan Iftar Ramadhan Alumni kali ini. Banyak kenangan manis yg aku dapat. Malang sekali aku tak bawa kamera. Kalau tidak boleh aku tunjukkan pada pengunjung2 sekalian.

FINAL REVIEW

Thursday, 21 October 2004

Pagi-pagi lagi dah sibuk pin-up drawing untuk final review Posted by Hello

Assalamualaikum...

Hari ni aku ada Final Review kat school. So ada la sikit-sikit gambar projek high-rise budak2 kelas yg aku ambik. Kalau nak tengok gambar-gambar lain sile klik kat perkataan FINAL REVIEW di atas. Seram juga Final Review ni..ye la markah sama ada boleh naik atau turun..
Anyway apa-apa hal pun kena tunggu 10/11/2004 untuk tahu result semua subjek.
Sunday, 17 October 2004
RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum...

Ramadhan mubarak alaikuma pengunjung2 weblog ku...
Apa khabar korang semua bulan Ramadhan ni? Moga-moga bersemangat ye dalam perlumbaan mengejar pahala di bulan ini. Beruntungla siapa yg dapat memenangi perlumbaan ini..

Ok Ramadhan aside..
I've just finish my exam last Friday which was coincidentally the 1st day of Ramadhan. There are a few assignment that I haven't done yet which need to be passed up before this Thursday.
So I'm actually happy be holidaying in the month of Ramadhan because before, I will be fasting either in Class (studying) or at work. So now I have the opportunity to indulge myself in the glorius month of Ramadhan without any interference. Kiranya tenang la nak beribadat takle terkejar2.

Talking about academic. It is my wish that fellow Hira'ians can further their studies in PhD. Why? It is of my opinion that we need more scholars in the academic world so that we Muslim can be at the same level as the westerners. Orang Melayu Islam terutamanya patut mempunyai ilmu yg lebih tinggi tak kira sains atau syariah. Tapi sains harus diutamakan la zaman sekarang ni sebab semua orang tengah sibuk pasal bio-teknologi. Jadi apa sumbangan atau kajian orang Islam dalam hal ini? Satu persoalan yg harus difikirkan..

Memang susah belajar tu..tapi jika kita memikirkannya sebagai salah satu sumbangan kita pada dunia Islam dan sebagai satu jalan Dakwah, Insya'Allah Allah akan permudahkannya. Tidak pernahkah kita terfikir bahawa kita umat Islam sebenarnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan Ilmu suatu ketika dahulu, dimana Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd dan beberapa orang lain cendekiawan Islam dilahirkan. Mereka juga adalah ahli Ibadah. Mengapa mereka di zaman yg tiada kemudahan yg canggih seperti kita mampu menjadi pelopor bidang-bidang sains moden sekarang? Mereka juga mempunyai 24 jam seperti kita..mereke juga beribadah..mereke juga berdakwah.

Seharusnya kita merasa malu pada diri sendiri jika dalam pembelajaran kita, kita asyik memikirkan kesusahannya sahaja tanpa memikirkan apa yg kita boleh lakukan dengan ilmu yg kita pelajari. Ayuh rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian..cemerlanglah dalam bidang masing-masing. Cemerlanglah menjadi akauntan, ahli perniagaan, doktor, akitek, pakar IT kerana zaman sekarang dakwah dijalankan dalam pelbagai cara. Diharap kecemerlangan kalian menjadi pemangkin dakwah di alaf ini. Amin..

Salam Ramadhan...
Haloscan commenting and trackback have been added to this blog.
Friday, 1 October 2004
Summary

It's been very bad this week. I manage to do all the assignmnet in this final week before exam starts this Sunday. I'm really exhausted!!! I broke down again today. It's twice now for this week. Mentally I can't go on. Physically I'm tired. But there's this one song that gave me some sort of inspiration. You might not be able to reap you fruit until you work for it. It'll be even more sweeter if you've done all the best that you can do. But I sure am EXHAUSTED PHYSICALLY & MENTALLY!!! to the point that I can't THINK & FUNCTION. Even driving the car was like daydreaming. It feels surreal (in a dream). I can't sleep, I can't study..because when I want to sleep, my brain is still thinking, and when I want to study, its like my brain suddenly when cold..
Design was OK (i think). I submitted it on time. No presentation done because we had it on the Final Crit. So now what I have to wait is the Final Review which is after the exam.
Building Construction today was quite fun. I learn about the Critical Path Method, forward and backward pass calculation and crashing time table. It's all about the optimum projection for the project completin time. Still got 1 assignment to submit on this project. Oh yes..another one on building work schedule on high-rise. Later I'll show all the high-rise that my friends and I made for our Design subject.
FANTASIA BARRINO
"I Believe"

Have you ever reached a rainbow's end
And did you find your pot of gold
Ever catch a shooting star
Tell me how high did you soar
Ever felt like you were dreaming
Just to find that you're awake
Cause the magic that surrounds you
Will lift you up and guide you on your way

I can see it in the stars across the sky
Dreamt a hundred thousand dreams before
Now I finally realize
See I've waited all my life for this moment to arrive
And finally yeah

I believe in the impossible
If I reach deep within my heart
Overcome any obstacle
Won't let this dream fall apart
See I strive to be the very best
Shine my light for all to see
Cause anything is possible
When you believe yeah

I can see it in the stars up in the sky
Dreamt a hundred thousand dreams before
Now I finally realizeI've waited all my life for this moment to arrive
And finally I believe
Yes I believe

Ohh Yeah
Love keeps liftin me higher
Liftin me higher
Love keeps liftin me higher
I said love keeps liftin
Love keeps liftin me
I said Love keeps liftin
Love keeps liftin me higher
Said love keeps liftin me higher
I said love keeps liftin me high
Thank you my friends for being there for me..wherever you are..I love you gals always..
Thursday, 9 September 2004
Assalamualaikum...

Buat semua penatap dan pembaca blog ku semua...saya ucapkan selamat membaca..hehehe.
Takde la..saya rasa ni je kut entri takat ni dulu sebelum entri seterusnya ditaip. Sebab lepas ni sehingga 27/9/2004 saya akan menjadi sibuk sangat. Almaklumla..orang ambik architecture. Orang course lain tak le seteruk kami ni..even yg belajar medic pun tak dapat bersaing dengan kami student architecture..We Have No Time for everything except for Prayers, Eat and Work. Sleep pun tak termasuk dalam time kitaorg ni. Minggu ni je dah beberapa kali tido lewat. Tak tido pun ada gak. Kelas tetap jalan everyday kul 9pg hingga 5ptg..
Ok nak bagitau sikit apa yg perlu aku lakukan dalam 3 minggu ni..
1. 13/9 Final Crit untuk Design Highrise.
2. 14/9 Submit assignment on Architectural Practice.
3. 14/9 Test untuk Dialog Mandarin.
5. 17/9 Submit draft untuk Environmental Planning Research Paper.
6. 21/9 Test Architectural Practice.
7. 27/9 Final Submission Design.
8. 1/10 Submit Research paper Environmental Planning.
9. Submit assignment Building Construction b4 exam paper start.
Ok tu je..tapi lepas tu jeng..jeng..jeng Exam start dah...

1. 3/10 Speech Communication
2. 4/10 Structure
3. 5/10 Environmental Science & Services
4. 10/10 Mandarin
5. 12/10 Environmental Planning
6. 14/10 Building Construction
7. 15/10 Architectural Practice...the last paper..yey!!

Lepas dah habis exam ni kena prepare pulak utk Final Review Design plak..so lepas tu baru dapat cuti..itu pun dalam 3 minggu je sebelum masuk balik UiTM seminggu lepas Raya...

OK Adios..Zhaijian..