CSI
Saya peminat cerita CSI dan kesemua francaisnya yang lain. Saya telah menonton kesemua season CSI Vegas, CSI Miami & CSI New York. Yang saya nak cerita ni berkenaan episod CSI Miami, season 5, yang ditayangkan Ahad lepas di NTV7. Kenapa ending tu Eric mati?!!!Warrgggh!!!! Cukup tak puas hati..sedih-sedih. Nak kena tunggu sambungannya pula.
Cerita lagi satu pula berkenaan episod 17, season 8 CSI Vegas (Season 8 di-download dari internet). Warrick Brown kena tembak mati juga!!!! Waarrgghhh!!! Apasal?! huhu..tak puas hati..
Tapi kan, mungkin kedua-dua pelakon tu nak tamatkan kontrak mereka dengan siri CSI ni, nak cuba berlakon cerita lain pula sebab tu watak kedua-duanya dimatikan.
Uh..Oh..
It's nearing that time of the month for women again. And I'm seeing spots already. A sign of impending migraine approaching. Normally I don't see spots, the migraine just came whopping on my head. But since my health is improving, I get to see the migraine signals beforehand. Got to check I have everything on hand first. Just in case.
- Minyak angin - check
- Air masak bergelen-gelen - check
- A dark room to lie down - check (the office's surau is just behind my workspace)
- Ubat Panadol - not check (mak tak bagi makan)
For those who don't suffer any migraine, let me tell you how it feels like. The pain sometimes occur on the left or right part of the brain, front part of the brain or the whole brain (yang ni paling sakit). The pain feels like someone is banging (or ketuk) your brain with a hammer all day long (not the head, the brain). When this happens, you feel like everything you do is wrong and you will be frowning all day long. You can't stand loud noises and bright lights. Even if you sleep the whole day, does not mean the pain will go away. It's like a hard nosed virus who refuses to go way, unless they decide to.
For me, once I start to have migraine, the minyak angin is important. More so the stronger minyak angin. I will apply it not on my forehead, but on the base of the neck & shoulder. And must not forget to eat. Empty stomach will further prolong the migraine. But it's hard to eat when your brain is thumping away happily.
The good news is that migraine sufferers does not get fever (demam) that very often. They may get fever only once a year but the duration is longer than other people (average 1 week). Me? I haven't had fever since God knows when. The last fever I remembered I had was in Form 5 and it lasted about a week.
p/s: I'm writing base on layman understanding of migraine and my own experience. It may not be my brain thumping, but the blood vessels on my brain.
pp/s: It's coming!!!
In Case You're Wondering
In case you're wondering what I do for work, here's a glimpse.
My 7 Facts
Seperti di tag oleh
1. Anak sulung dari 10 orang adik beradik, 5 lelaki & 5 perempuan. Sebab tu adik-adik perempuan saya kata saya garang. Mana la tak garang, dah ramai sangat adik. Kalau tak garang, kerja kat rumah ni tak jalan kalau mama & abah takde kat rumah. Paling suka usik adik perempuan yang bongsu kalau dia balik dari asrama. Antara 10 orang adik beradik, saya paling kecik saiz badan. Sampai
2. Saya pandai jahit baju. Sebelum keluar result SPM saya belajar menjahit di PKNS Shah Alam. Dalam tempoh 2 bulan tu, sempat belajar jahit baju kurung, kebaya, jubah, blouse & skirt. Sekarang ni boleh menjahit tapi perasaan malas begitu menebal. Ada kain yang dah dipotong tapi sudah 6 tahun tidak berjahit..huhuhu. Saya juga boleh menjahit manik dibaju. Saja suka-suka.
3. Saya perlukan lebih kurang 7 biji bantal di tempat tidur. 3 biji bantal di kepala, 2 biji bantal di kaki dan 2 biji di sisi. Entah, saya pun tak tahu..kenapa ye? Tapi semua bantal kena soft, tak boleh keras. Best rasanya tenggelam dalam kelembutan semua bantal-bantal tersebut.
4. Saya penggemar teh terutamanya Twinnings Earl's Grey tea. Teh lain yang boleh substitue ialah Boh Earl Grey with Tangerine. Teh lain rasa tak best. Mungkin pengaruh duduk UK kecik-kecik dulu..hehe. Saya boleh minum kopi cuma ia terhad di waktu pagi & mesti bercampur dengan milo. Kalau minum kopi selain waktu pagi, misalnya waktu petang, nescaya saya akan tidur jam 2pg.
5. Saya seorang yang tidak suka melakukan perkara rutin. Atas sebab itu mungkin ayah saya telah menyuruh saya ambik bidang Seni Bina. Walaupun masa isi borang ITM dulu, saya tak tahu apa itu Seni Bina. Alhamdulillah setelah 8 tahun, saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Bina dan bermula lah kerjaya sebagai seorang arkitek. Terus terang saya katakan, saya amat suka bidang ini kerana ia tidak terhad kepada bangunan saja. Saya boleh mempelbagaikan (diversify) kebolehan saya ini.
6. Sejak 4 tahun yang lepas saya telah mengalami stress related symptom. Untuk tahun lepas sahaja saya telah mengalami
7. Saya suka perhatikan orang dimana saya berada. Baik sedang berjalan-jalan atau dalam mesyuarat. Mungkin kerana personaliti saya yang seorang
Saya nak tag:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Ok, anda semua kena buat tag ini. :P
A New Coat of Paint
After a few years with the same template, I've finally mustered the courage to update my blog template to that of XML. At first I was a bit reluctant as I thought the coding would be as hard as the HTML ones. Mind you, I have to look hard at the codes to add links to my blog.
But after a leap of faith (brought on by boredom in the office) I updated my blog. Wah! Never thought it was actually easy. The links can be added on the page element. Oh! at the time this was posted, my house is actually missing some of the things it use to have. I can't remember most of the links' URL since I copied the previous HTML code in my computer at the office. So here at home, I make do what I can first. Tomorrow, when I'm in the office, I'll tidy up all loose ends.
So how do you like my new coat of paint?
p/s: pink is my favorite color
Update:
I've added most of my family & friends website address and also other links which I frequent.
Bengang...
Balik tadi terserempak dengan kereta Gen-2 warna kuning. Aku cam kereta tu sebab, pemandunya memang kureng sikit bile bawa kete. Suka je nak mencelah & potong que.
Tadi dia buat lagi. Ewah! ewah! sesedap ko aje ya nak masuk depan kete aku. Bukan apa, kalau kereta aku dengan kereta depan tu jauh tidak mengapa la, ni sudah hampir sangat! Aku hon kat dia.
Kepala aku pula tengah bengang time tu (sehingga cerita ini dikisahkan) jadi, aku ikut belakang Gen-2 kuning tu. Sampai simpang yang aku tahu dia akan jump-que, aku pun hon memanjang kat dia. Dia hon balik, tapi bukan boleh kejar aku pun..muahahaha..sebab simpang aku depan lagi. Selalu aku tak macam ni tau, tapi entah mengapa, sebab hari ni banyak sangat driver yang kureng, aku jadi bengang!!!
'Candu' Resah
Semalam aku resah lagi. Gara-gara masalah yang menimpa begitu menyesak kalbu ku. Pening kepala ku. Disaat itu aku segera membayangkan akan keseronokan rasa & minda jika aku beli 'candu' lagi. Hilang segala onak rasa. Setiap kali aku sedih, resah atau alami masalah yang begitu mendesak sekali, maka setiap kali itu duit aku akan melayang untuk beli 'candu' ini. Dan aku rasa semua orang patut hisap @ makan @ digest 'candu' kehidupan ini. Biar berkembang peribadi, biar halus bicara, biar sabar menghadapi hidup.
Anda ingin tahu? 'Candu' yang ku maksudkan adalah buku-buku. Muahaha..tertipu kah anda? :D
Semalam sudah buku yang ke-4 aku beli dalam bulan ni. Wah! Banyaknya duit kamu ye? Nak buat macam mana, dah memang minat aku kat buku sejak kecil lagi. Nasib baik bukan candu betul kan. Dah namanya 'book addict' akan selamanya ketagih buku. Buku terbaru yang aku beli bertajuk "Persis Sebutir Pasir" karya Manjlara terbitan Jemari Seni. Gambar tidak dapat nak upload. Nantilah, akan ku upload dengan gambar-gambar buku-buku yang lain.
Oh ye, sedang leka mencari buku, ada seorang gadis menyapa ku.
"Akak dah lama baca novel tak?" tanya si gadis.
"Em..dah lama juga la, kenapa?" balas aku.
"Saya sedang cari buku yang best-best untuk dibaca. Akak boleh cadangkan tak?"
"Nak beli untuk siapa?" tanyaku.
"Saya yang nak beli. Saya dengan tiga orang kawan saya sekarang sibuk membeli buku novel. Saya ni walaupun nampak brutal, tapi bila baca novel yang best tu, menangis juga saya" jelas adik tersebut.
"Kalau adik nak cari buku yang best sebagai permulaan, adik boleh baca karya Sharifah Abu Salem. Jalan cerita dan gaya bahasa memang mudah difahami & diikuti. Pilihan lain, adik boleh baca buku-buku terbitan Jemari Seni (wah! promosi nih!). Akak beli novel pun berdasarkan komen rakan-rakan. Kalau akak dapati novel tersebut bagus akak akan beli (walaupun, aku beli juga berdasarkan pertimbangan sendiri)".
"Ye ke kak? Terima kasihlah ye. Akak ada nombor phone tak? Boleh nanti akak SMS saya kalau ada novel-novel best yang terbaru" ujar gadis tersebut.
Terus sahaja aku hulurkan 'name card' buat adik tersebut. Gadis tersebut lalu mengambil novel Sharifah Abu Salem. Dan aku tidak tahu pun nama gadis tersebut. Dan aku pun terus mencapai "Persis Sebutir Pasir".
Taubat - oleh Opick
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
Masih Bersyukur
Pagi-pagi bangun untuk solat subuh aku sudah merasa denyut di kepala. Terasa begitu sakit sekali. Ubat migraine yang diletak dikepala katil dicapai lantas ditelan dengan sebotol air. Aku tahu sakit ini tidak akan hilang segera. Selesai solat subuh, aku tidak berdaya untuk naik ke katil. Sekadar mencapai bantal dan tidur saja di sejadah.
Jam 9 pagi aku celik semula, tetapi kepala ku terasa pusing sekali. Hendak telan ubat, perut masih kosong. Sudahnya aku tidur semula hingga jam 10pg. Oleh kerana hendak mengalihkan tumpuan dari terlalu memikirkan sakit kepala, aku mencapai novel melayu 'Zahrah de Tigris' yang baru aku beli beberapa hari lepas. Sangat enak sekali membacanya. Jalan cerita tidak bersimpang siur. Watak-watak dapat diikuti dengan jelas tanpa perlu patah balik ke muka surat awal untuk memastikan siapa watak ini.
Alih-alih baca sampai habis, hari sudah pun jam 2 petang. Baru sedar tak makan apa dari pagi. Badan sudah menggigil. Tambahan migraine belum surut sepenuhnya. Sudahnya aku solat Zohor dalam keadaan duduk. Bila berdiri rasa nak tumbang. Turun ke dapur, aku hanya makan nasi lemak. Walaupun perut sudah kenyang, tapi aku masih menggigil.
Petang, aku mengikuti adik aku ke Carrefour membeli barang dapur rumahnya. Aduh! Sungguh terseksa aku rasa, mahu saja tumbang tika itu. Rupanya aku masih tidak berdaya berjalan-jalan. Aku berpaut saja di trolley. Tidak sampai hati bagitau adik aku, yang aku rasa nak balik. Dalam sibuk membeli barang, aku capai 100 Plus sebotol. Masuk saja dalam kereta untuk pulang, terus saja diminum. Teringat nak kena hantar adik aku balik asrama. Rasa macam tak larat je. Nak minta adik sorang lagi tu hantarkan. Tapi dia lebih awal sudah keluar. Nak tak nak, aku juga yang kena hantar. Syukur alhamdulillah jam 5.30ptg aku hantar adik aku balik, aku sudah seperti sediakala.
Syukur, Alhamdulillah...
Happy Teacher Day

Assalamualaikum,
Happy Teachers Day to my mother. On this special day, your dedications to future leaders are celebrated.
You see, my mother is a teacher. She is my teacher during my younger days before I started my formal education. And 8 years ago, she finally became a ‘real’ teacher. Meaning she started to teach formally in school, my former primary school.
My mother teaches English and other subjects. Her students are fond of her. Although, my mother do sometimes complaint of disobedient and naughty students. But I know that she meant well. She sometimes surf the internet in search of teaching materials to nurture her students interest in English and for that my mother has won ‘Anugerah Guru Cemerlang’ (or was it ‘Guru Terbaik’?) from her school.
This Teachers Day, I can see that she will receive lots of gifts from her students and also parents of students. And for this, I dedicate this poem to my mother and all teachers who have taught me all this while, formally or informally. May Allah Bless all of you always. Insya’Allah.
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Alamak..dah lari perancangan!!!
Susahnya nak 'coordinate' suatu hal yang amat penting. Tambah-tambah sulit lagi jika pihak-pihak yang kita nak 'coordinate' ni tak berkomunikasi antara satu sama lain (tidak bermaksud tidak bercakap)
Alahai..dah perancangan aku elok-elok je awal-awal, sekarang kena tangguh lagi sebulan kut. 'Countdown' kena mula semula nampak gayanya. Bila nak mulanya pun tak pasti lagi.
Adalah la tu yang Allah dah tentukan sesuatu. Yelah, majlis penting ni kena ambik kira perasaan & pandangan orang lain. Silap aku juga la tak cakap awal-awal.
Hmm..bagi yang baca catatan ni, mesti tertanya-tanya apalah yang aku duk membebel ni. Nantilah, kalian akan tau juga. Buat masa ni, selagi tak pasti buat apa dihebahkan.
Nak mengamuk ke, nak bersedih ke, nak merajuk ke...aku pun dah tak tau dah nak buat macam mana. Buat-buat blur je la..hehehe..
Tag
Saya telah di'tag' oleh Najah (Raiyanz), ini jawapannya:
1. Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan?
- Susah nak senaraikan sebab tak pernah impikan hadiah, dan selalunya apa yang diimpikan memang beli sendiri. Tapi cubalah juga:
- Kereta
- Rumah / apartment
- Buku
- Pegi Haji/Umrah
- Baju kurung
- Kereta sekarang pakai pakcik punya. Tidak pernah pakai kereta sendiri.
- Nak rumah sendiri yang boleh dihias mengikut citarasa sendiri.
- Minta sangat membca buku. Kalau boleh dapat satu kedai penuh buku lagi bagus.
- Haa..ni mesti hadiah paling best..tapi mesti nanti akhirnya kumpul duit sendiri juga..hehe
- Suka baju kurung yang lembut-lembut. Yang lama-lama masih elok lagi tapi boleh diberi kepada adik-adik.
- Pandai mendengar
- Bijak memberi pendapat
- Boleh dibawa berunding & berbincang
- Berilmu
- Tahu, mahu & mampu beragama
Erkk..macam takde lagi laa..
5. 5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
- Komputer
- Handphone
- Sudu & garpu
- Masking tape
- Gunting
Bila orang call waktu tidur, bila kita cakap kita tengah tidur, dia kata ' eh, sori. pegila tidur balik'..Oit..tau tak aku ni susah nak tidur balik kalau sudah dikejutkan. Cakap je laa..buat penat je aku terbangun tau..
7. 5 orang yang anda mahu tag:
- Miwqa' (Hanif)
- Nuha
- Mechanisme (Hanis)
- ---
- ---
17 Days...
17 days left to countdown...
I hope so, Insya'Allah...
May Allah Bless us all.. Ameen..



