Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Friends...& Foods

Monday, 26 October 2009
Assalamualaikum

Gambar-gambar yg sempat aku ambik - Faizah, Najah, aku dan makanan. Mentang-mentang ada kamera sekarang ni aku syok ambik gambar jek.




Stress..Stress..Stress

Wednesday, 4 June 2008
Assalamualaikum

[1] Petrol naik harga.

Tengah malam ni harga petrol akan naik dari RM 1.92 kepada RM 2.70. Dalam tidak mahu turut serta gerombolan-gerombolan manusia mengisi tanki kereta masing-masing di stesen minyak, saya buat juga. Mujur tidak lama menunggu di BHP walaupun kelihatan begitu banyak sekali kereta-kereta di SEMUA stesen minyak. Bukan apa, tanki kereta memang dah nak kosong. Terbang RM 50, tapi takpe boleh tahan 1 minggu. Minggu depan baru isi minyak petrol ikut harga baru (dalam hati menyumpah-nyumpah seranah kerajaan).
Di samping mengumumkan kenaikan harga petrol, harga elektrik pun naik juga. Ha! Ni kena jimat elektrik juga ye. Takde orang dalam bilik, tutup lampu & kipas. Kalau ada aircond, kurangkan penggunaannya.

Walaupun demikian, kerajaan juga telah mengumumkan rebat tunai RM 625 untuk setiap kenderaan persendirian di bawah 2,000cc. Pembayaran dibuat semasa pembaharuan cukai jalan. Emm..tak faham sangat la. Cukai jalan kereta saya cuma RM 72 je. Dapat banyak tu juga ke atau RM 625 tu?

Tapi yang pasti harga barang selepas ni mesti naik, sebab kos pengangkutan naik. Beras dah naik harga dah. PM suruh ubah cara hidup, masalahnya Pak Menteri, kalau harga barang semua naik, kami rakyat marhaen ni nak ubah cara hidup macam mana lagi? Lain la kalau kos perubatan percuma, di mana penginapan di hospital tak perlu bayar, cuma caj rawatan Dr. saja, ataupun cukai kereta dikurangkan, tak la terasa beban sangat bayar ansuran bulanan kereta.
Adui la hai..stress sungguh!!!

[2] Stress nak kawin nih..

Tinggal lagi beberapa hari saja menjelang 15/06/2008 (Ahad). Saya akan menikah pada waktu tersebut. Masalahnya banyak benda tak setel lagi ni. Harapkan baju nikah je dah setel. Itu pun manik sikit lagi tak jahit. Yang lain-lain kena minta tolong budak-budak ofis & kawan-kawan la gamaknya. Macam mana la tak kelam kabut kan, tunang nya pun baru Ahad lepas. 2 minggu je tempoh.

[3] Stress nak bercuti

Nak cuti ni pun stress juga. Lepas nikah tu, insya'Allah 2 hari kemudian saya akan bercuti ke Ireland selama 2 minggu. Masalahnya bos dah lulus dah 7 hari pertama. Yang lagi 11 hari cuti tanpa gaji ni, dia tak luluskan lagi sehingga dia berbincang dengan Project Manager. Bos juga minta saya sediakan pelan rangka kerja untuk 3 minggu sempena ketiadaan saya supaya dia boleh pantau kerja anak-anak buah saya. Waktu makan tadi dah bincang-bincang dengan Project Manager agar dia setuju dengan kehendak saya.
"Please, pretty please boss, I nees this holiday so much. Stress sangat dah keje ni...Bos dan staf lain dah bercuti Hari Keluarga hari tu, saya tak dapat ikut"

CSI

Wednesday, 28 May 2008
Assalamualaikum,

Saya peminat cerita CSI dan kesemua francaisnya yang lain. Saya telah menonton kesemua season CSI Vegas, CSI Miami & CSI New York. Yang saya nak cerita ni berkenaan episod CSI Miami, season 5, yang ditayangkan Ahad lepas di NTV7. Kenapa ending tu Eric mati?!!!Warrgggh!!!! Cukup tak puas hati..sedih-sedih. Nak kena tunggu sambungannya pula.

Cerita lagi satu pula berkenaan episod 17, season 8 CSI Vegas (Season 8 di-download dari internet). Warrick Brown kena tembak mati juga!!!! Waarrgghhh!!! Apasal?! huhu..tak puas hati..

Tapi kan, mungkin kedua-dua pelakon tu nak tamatkan kontrak mereka dengan siri CSI ni, nak cuba berlakon cerita lain pula sebab tu watak kedua-duanya dimatikan.

KL International Book Fair

Tuesday, 8 April 2008

Books & magazines that I bought at 27th KLIBF. The dictionary isn't here.

Assalamualaikum..

Last week on 5th April 2008 (Saturday) I went to the annual KL International Book Fair held at PWTC. That was the 2nd day the fair is held. It will be on until 13th April 2008.

I went in the afternoon. I drove there with my brother. My other siblings went earlier in the morning. By the time we reach there, there was a lot of people. I guess it coincide with schools break on the 1st week of the month. It was hard to move actually. I had to push & shove just to walk so I didn't have the chance to browse for interesting books at every booth. But I did went to my favourite booth, Penguin, where I bought 2 novels. The rest I just bought magazines, diet book & cook book (as a motivation for me to cook) and I also bought for my brother Arabic-Malay-English dictionary (Akak sumbang untuk Haidar belajar kat Mesir tu..hehehe)

Total spend on that day alone amount to RM 300. Oh yeah..Clive Cussler is one of my favorite adventure author. Been collecting his books for a few years now and trying to complete the collection. Mostly I buy second hand from Payless Book. This year I didn't buy any of Mary Higgins Clark or Patricia Cornwell because I have all their novels now. Maybe I should try collecting James Patterson, been borrowing from my friend. The Alex Cross series is good.

I'm planning to go again, as I've missed buying a few books. I just applied for 1/2 day leave on Thursday to go there again with my sister & her sons. Hope it's not too crowded. And to not miss again on books that I want to buy, I have made the list...
  1. Surat Untuk Nuha
  2. Aku Terima Nikahnya
  3. Zahrah De Tigris
  4. Salju Sakinah
  5. Wang, Anda & Islam
  6. Formula Solat Sempurna
Wah!!! Another RM 150 will go out from my bank account..

Splashing Friday

Friday, 28 March 2008
Assalamualaikum..

Wah!! Sudah lama aku tak pegi berenang di kolam renang UiTM sejak tamat belajar 3 tahun lepas. Kali ini setelah waktu rehat hari Jumaat ditetapkan dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3 petang, maka aku tidak melepaskan peluang untuk pergi berenang semula.

Air kolam tak sesejuk kalau pergi berenang waktu petang. Dengan caj masuk RM 2.00 aku rasa berbaloi. Suka hati aku nak berenang macam mana pun sebab wanita & lelaki tak bercampur. Waktu yang berbeza telah ditetapkan untuk wanita & lelaki.

Aku tak la reti berenang sangat. Gaya bebas (freestyle) boleh laa.. itupun sejauh mana boleh tahan nafas. Teknik bernafas itu la yang aku tak mahir lagi. Macamana nak mahir kalau belajar berenang pun sendiri-sendiri..hehehe.. Orang lain kata berenang breastsroke (berenang katak) tu paling mudah dipelajari tapi bagi aku susahnya nak buat. Kuak lentang (backstroke) pun boleh juga buat. Tapi tak suka sangat sebab walaupun tahan nafas, air tetap masuk hidung. Perit rasa hidung ni. Terapung dalam air dalam keadaan baring tu boleh juga..kadang-kadang dah malas nak berenang-renang, aku terapung-apung je dalam air tu.

Walauapapun nak mahir berenang kena belajar teknik bernafas dulu iaitu tarik nafas ikut mulut lepas ikut hidung..haa yang ni aku tak reti bila dalam keadaan berenang. Dalam keadaan statik tu boleh laa...

Anda nak berenang?