Congratulations!

Tuesday, 28 July 2009
Assalamualaikum,

Congratulations!

We are pleased to announce that the Board of Directors have approved a salary increment of RMXXX per month effective July 2009.

We believe that this increment will motivate you further in dispensing your duties and responsibilities to our company.

On behalf of the management, we thank you for your contribution, hard work and commitment to make XXXXXX as it is today.

Thank you.

Alhamdulillah naik gaji lagi tahun ni.. :D

Don't Panic

Friday, 24 July 2009
Assalamualaikum

In time of crises, don't panic.

Take a deep breath.

Think about it thoroughly ( a few days if you have to) before you respond to anything.

Respond calmly with wise choice of words.

Orang Nak Bagi Duit Nih...

Sunday, 19 July 2009
Assalamualaikum..

Orang nak bagi duit kat aku, tapi aku tak nak. Boleh juga macam tuh ye aku nih..Hahaha!!!

Orang bagi aku design rumah diaorang. Adalalah dua buah rumah yang aku tengah design nih. Satu design bernilai RM2000 dan lagi satu RM1000. Itu untuk design sahaja. Kalau working drawing aku charge satu A1 RM300. Setiap datu design paling kurang pun 8 keping A1.

Orang nak bagi duit nih, tapi kenapa aku tak nak??!!

Saya Tidak Memasak

Assalamualaikum..

Saya tidak memasak sudah berbulan-bulan lamanya. Saya tidak pandai memasak? Pandai..cuma saya malas. Lagipun saya kan anak kesayangan mak ayah saya sekarang, jadi selalunya kalau saya balik Klang hidangan sudah tersedia...hahaha (jangan marah ye mama, abah..nanti Huda masakla..). Kat rumah sewa pun saya tak masak.

Satu lagi perkara, saya jarang makan malam pun. Waktu siang selalunya makan di ofis. Kalau balik rumah takde makanan, saya tidak kisah. Tetapi mengapa saya masih gemuk?! Hmm..satu kemusykilan nih..

Makanan kegemaran saya? Kuew Tiow goreng! Tapi versi saya masak la..orang lain punya tak sedap..hahaha :D

Lamanya tak update

Saturday, 18 July 2009
Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog sendiri. Bukan tidak hendak, tetapi tiada kesempatan. Saya sangat sibuk kebelakangan ini. Sudah semestinya berkaitan dengan kerja, belajar dan freelance.
Oh sungguh saya benci duit tapi duit juga yg saya perlukan..hehehe..

Minggu ni sahaja dah 6 kali ulang-alik Tanjung Malim - Klang. Sungguh tak larat kerana memandu sejauh 98km sehala setiap kali. Sudah tentu minyak & tol sekali pergi dah RM25. 6 kali pergi? Kiralah sendiri..

Kelas pun dah mula dah..penat memang penat sebab saya bergegas ke kelas di Shah Alam dari Tanjung Malim! Lepas kelas balik rumah Klang dah hampir jam 11.30mlm. Esok pagi2 Rabu saya dah bertolak semula ke T.Malim dan petang bergegas semula ke Shah Alam. Tapi untuk minggu ini sahaja. Minggu depan hari Rabu saya di HQ Shah Alam dan hari selainnya di T. Malim. Jadi saya berulang sekali sahaja.

Untuk pengetahuan saya duduk di T. Malim sekarang sebab nak jimat duit. Kalau ulang alik Klang-T.Malim pakai banyak duit. Kenapa saya di T.Malim secara tetap? Sebab company dah bayar elaun site pd saya. Mereka pun ada cakap kalau ada urusan nak ke HQ dari site kena isi borang Outstation. Jadi saya sudah diamanahkan duduk di Site, maka kerana itulah saya tinggal di T.Malim. Hari Rabu je saya ke HQ & weekend balik rumah Klang.

Sebab itu saya benci duit, lagi banyak duit, lagi besar tanggung jawab! Tapi sekarang ni saya banyak duit..aduhai....