Sunday, 17 October 2004
RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum...

Ramadhan mubarak alaikuma pengunjung2 weblog ku...
Apa khabar korang semua bulan Ramadhan ni? Moga-moga bersemangat ye dalam perlumbaan mengejar pahala di bulan ini. Beruntungla siapa yg dapat memenangi perlumbaan ini..

Ok Ramadhan aside..
I've just finish my exam last Friday which was coincidentally the 1st day of Ramadhan. There are a few assignment that I haven't done yet which need to be passed up before this Thursday.
So I'm actually happy be holidaying in the month of Ramadhan because before, I will be fasting either in Class (studying) or at work. So now I have the opportunity to indulge myself in the glorius month of Ramadhan without any interference. Kiranya tenang la nak beribadat takle terkejar2.

Talking about academic. It is my wish that fellow Hira'ians can further their studies in PhD. Why? It is of my opinion that we need more scholars in the academic world so that we Muslim can be at the same level as the westerners. Orang Melayu Islam terutamanya patut mempunyai ilmu yg lebih tinggi tak kira sains atau syariah. Tapi sains harus diutamakan la zaman sekarang ni sebab semua orang tengah sibuk pasal bio-teknologi. Jadi apa sumbangan atau kajian orang Islam dalam hal ini? Satu persoalan yg harus difikirkan..

Memang susah belajar tu..tapi jika kita memikirkannya sebagai salah satu sumbangan kita pada dunia Islam dan sebagai satu jalan Dakwah, Insya'Allah Allah akan permudahkannya. Tidak pernahkah kita terfikir bahawa kita umat Islam sebenarnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan Ilmu suatu ketika dahulu, dimana Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Rusyd dan beberapa orang lain cendekiawan Islam dilahirkan. Mereka juga adalah ahli Ibadah. Mengapa mereka di zaman yg tiada kemudahan yg canggih seperti kita mampu menjadi pelopor bidang-bidang sains moden sekarang? Mereka juga mempunyai 24 jam seperti kita..mereke juga beribadah..mereke juga berdakwah.

Seharusnya kita merasa malu pada diri sendiri jika dalam pembelajaran kita, kita asyik memikirkan kesusahannya sahaja tanpa memikirkan apa yg kita boleh lakukan dengan ilmu yg kita pelajari. Ayuh rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian..cemerlanglah dalam bidang masing-masing. Cemerlanglah menjadi akauntan, ahli perniagaan, doktor, akitek, pakar IT kerana zaman sekarang dakwah dijalankan dalam pelbagai cara. Diharap kecemerlangan kalian menjadi pemangkin dakwah di alaf ini. Amin..

Salam Ramadhan...

0 choices made: