Assalamualaikum w.b.t
Hmmm...apa nak cakap ye? Nak luahkan perasaan sikit pasal soal jodoh ni.
Umur aku dah nak masuk 27 tahun ni tapi tak kawin2. Bila pergi kenduri mana2 ke and jumpa makcik2, soalan yg wajib ditanya pada aku.."yg ni bila pula?"..Jadi sebab tak nak malukan mak bapa sendiri aku jawab la "Jodoh tak sampai lagi" dan senyum pada mereka. Ini sebab nak jaga kesopanan laa...kalau tak malas aku nak jawab.
Kalau kawan2 aku yg dah berkawin tanya aku akan jawab dengan nada bergurau, "Jodoh aku tak dapat catch-up dengan aku lagi laa. Aku ni cepat sangat maju dalam hidup sampai jodoh aku tertinggal kat belakang", lepas tu aku gelak laa. Dengan kawan2 aku gurau2 la sebab mereka ni tak serius sangat bila tanya.
Apa-apa pun pada aku semua ini terpulang pada jodoh. Kalau Allah kata jodoh ku telah sampai, maka mungkin aku telah kawin 10 tahun dahulu. Jika jodohku belum sampai maka belum tentu 5 tahun akan datang aku berkahwin. Jika pada saat itu jodoh ku telah sampai, maka pada jam, minit dan saat itu juga aku akan bergelar isteri orang. Until then tiada apa yg aku boleh buat. Sekadar boleh berusaha mencari jodoh dan buat istikharah. Sekalipun aku telah usaha dan istikharah dan telahpun jumpa orangnya, belum tentu jodoh ku telah sampai. Ini dapat dilihat dari banyaknya halangan. Jika kita je yg berusaha, tapi orang lain takde usahanya sama..maka tak guna juga. Jadi apa yg aku boleh buat sekarang sekadar menunggu di pinggiran.
Akan ku pergunakan masa bujangku ini dengan sepenuhnya utk mengumpul duit banyak2 buat simpanan, buat nak pergi umrah dan buat nak beli kediaman sendiri. Kalau dah kawin banyak yg terhalang. Jadi bujang ni bebas sikit nak uruskan time kita sendiri. Bebas nak uruskan perancangan hidup sendiri. Bebas utk menentukan azam sendiri.
Jadi bagi diriku, soal bila nak kawin atau tidak, tidak lagi menyesakkan kepala ku kerana ku tahu semua ini urusan Allah. Ada orang di dunia ini tiada jodoh langsung, ada yg jodohnya sekali seumur hidup dan ada juga yg berkali-kali dalam kehidupan di dunia ini.
Sekadar luahan rasa yg mudah terasa....
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment