Assalamualaikum,
Dalam keheningan malam semalam, aku berfikir, sekadar lintasan di hati, betapa aku sememangnya bertuah dilahirkan Islam. Aku sememangnya bertuah diberi Allah hidayah untuk terus mengamalkan Islam.
Dilahirkan Islam, aku berfikir, Allah itu Maha Agung, yang telah memberi hidayah kepada moyang-moyangku dahulu untuk beragama Islam. Kalau tiada hidayah Allah ini, mungkin juga aku kini beragama Hindu, warisan kerajaan Majapahit ataupun Buddha warisan kerajaan Mataram (sebelah ayaku keturunan Jawa & sebelah ibuku keturunan Banjarmasin, Kalimantan)
Kadang-kadang dalam hidupku ada tersasar, tapi Maha Suci Allah yang tetap memeliharaku dalam Iman, Maha Agung Allah yang sentiasa memberiku hidayah mengukuhkan akidah. Ku pohon begitulah agar bila tiba masa aku pergi menghadapnya biar aku kekal beriman kepada Tuhan Yang Esa, Tuhanku & Tuhanmu. Dan kerana tuah itulah, aku berusaha membaiki diri. Berusaha meninggalkan dosa & berusaha membanyakkan pahala.
Sekadar renungan masa hadapan aku juga risau, mungkin anak keturunanku ada yang tersasar. Bak lirik nasyid Raihan, "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa". Semoga Allah pelihara akidah ku & meningkatkan taqwa ku.
p/s: Masih terkesan dengan watak Laksamana Sunan dalam trilogi Ramlee Awang Murshid (Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pecinta)
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment