Lamanya tak update

Saturday, 18 July 2009
Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog sendiri. Bukan tidak hendak, tetapi tiada kesempatan. Saya sangat sibuk kebelakangan ini. Sudah semestinya berkaitan dengan kerja, belajar dan freelance.
Oh sungguh saya benci duit tapi duit juga yg saya perlukan..hehehe..

Minggu ni sahaja dah 6 kali ulang-alik Tanjung Malim - Klang. Sungguh tak larat kerana memandu sejauh 98km sehala setiap kali. Sudah tentu minyak & tol sekali pergi dah RM25. 6 kali pergi? Kiralah sendiri..

Kelas pun dah mula dah..penat memang penat sebab saya bergegas ke kelas di Shah Alam dari Tanjung Malim! Lepas kelas balik rumah Klang dah hampir jam 11.30mlm. Esok pagi2 Rabu saya dah bertolak semula ke T.Malim dan petang bergegas semula ke Shah Alam. Tapi untuk minggu ini sahaja. Minggu depan hari Rabu saya di HQ Shah Alam dan hari selainnya di T. Malim. Jadi saya berulang sekali sahaja.

Untuk pengetahuan saya duduk di T. Malim sekarang sebab nak jimat duit. Kalau ulang alik Klang-T.Malim pakai banyak duit. Kenapa saya di T.Malim secara tetap? Sebab company dah bayar elaun site pd saya. Mereka pun ada cakap kalau ada urusan nak ke HQ dari site kena isi borang Outstation. Jadi saya sudah diamanahkan duduk di Site, maka kerana itulah saya tinggal di T.Malim. Hari Rabu je saya ke HQ & weekend balik rumah Klang.

Sebab itu saya benci duit, lagi banyak duit, lagi besar tanggung jawab! Tapi sekarang ni saya banyak duit..aduhai....

0 choices made: