hari Rabu, 02/09/09.
- 5.00 am - bangun sahur. Mama & Abah masak. Seperti biasa, aku tukang makan je :P. Tapi kali ni adik aku & husband & anak2 dia ada sekali beserta adik aku no. 5 (ada ke eh? lupa lak), no.8, 9 & 10.
- 6.30am - bersiap-siap mandi untuk bersedia hantar adik aku no 8, Husna ke KLIA. Dia nak fly ke Mesir sambung belajar di Azhar. Adik aku no.6, Haidar last year lagi dah ada kat sana. Kiranya Husna ada abangnya kalau susah apa-apa di Mesir nanti.
- 9.00am - berlegar-legar di KLIA sambil menunggu Husna check in beg dgn groupnya. Sambil tu sempat aku sambar 2 buku di KLIA.
- 10.30am - bergegas balik Shah Alam sebab ada meeting dgn consultang pasal lanskap.
- 4.00pm - bergegas ke UiTM pulak sebab ada penyampaian Sijil Anugerah Pasca Siswazah (hehe..ni sebab result bagus last year..dapat la sijil & mug) oleh Dekan FSPU, UiTM.
- 6.00pm - masuk kelas Financial Management. Aduh mahu terlelap-lelap je dalam kelas ni. Dah la duduk depan. Selamba je tutup mata depan lecturer. Apa nama lecturer tu pun aku tak tau. Tapi bila tiba time calculation segar plak mata nih..hehe
- 7.22pm - berbuka dalam kelas dengan Puding Mangga. Ni je aku simpan dalam handbag. Botol air lupa nak bawa keluar dari kereta. Nak pegi ambik tak sanggup rasanya nak turun naik 100 anak tangga fakulti ni.
- 7.45pm - bergegas balik rumah. Yg ada masa tu adik no.2 & family dia. Adik-adik yg lain dah balik asrama petang tu. Kat rumah sambung lagi makan pizza & mee goreng.
- 9.00pm - dah mengantuk tapi macam tak nak tidur lagi.
- 10.00pm - tengok Enemy of The State kat TV2.
- 12.30am - baru masuk tidur. Sudahnya pegi keje kat Tanjung Malim lambat lagi :(
0 choices made:
Post a Comment