4.30pm - Aku mula memasak makanan utk dibawa ke Iftar nanti. Sekadar membuat nasi goreng untuk 20 orang. Iftar Alumni kali ini diadakan di Hira' Shah Alam.
6.00pm - Aku sudah pun bersedia utk bertolak. Tika ini hujan sedang lebat turun.
6.15pm - Aku, adikku dan Nuha bertolak. Aku drive menuju ke Hira' Shah Alam melalui highway NKVE memandangkan tika itu hujan sedang lebat turun, jadi aku menjangkakan 'traffic jam' akan berlaku di Federal Highway dan Hicom. Aku memandu dalam keadaan berhati-hati kerana keadaan ketika itu agak kelam. Tak nampak apa kat luar..nampak hujan je.
6.40pm - Aku sudah tiba di Seksyen 27 setelah exit di USJ. Nasib baik tak 'jam'. Tiba di satu tempat, aku tak perasan air dah naik tinggi. Apalagi kereta aku redah je banjir tu..tiba-tiba kereta yg aku drive menjadi perlahan. Terus aku tukar ke gear 2 tanpa melepaskan pedal minyak. Alhamdulillah kereta aku lepas..aku perasan juga ada satu kereta dah sangkut dalam air tu.
7.00pm - Kami tiba didepan bangunan Hira' Shah Alam. Baru beberapa orang tiba. Itupun baru nak buka lampu blok yg akan kami gunakan nanti. Kami naik keatas dan menyediakan makanan yg kami bawa. Tika ini akhawat baru ada dalam 5 org. Kami tidak menjangka ramai yg akan hadir sebab masa tu hujan dan orang semua baru nak balik kerja.
7.15pm - Waktu merangkak jauh melepasi waktu berbuka. Tika ini ramai yg sudah hadir. Ada yg berbuka dalam kereta dahulu sebab tak sempat sampai lagi. Alhamdulillah makanan yg masing-masing bawa (pot-luck) banyak sekali. Kami makan sambil beramah mesra antara batch. Jumlah yg hadir pada waktu ini adalah 20 ikhwah dan 33 akhawat menjadikan jumlah yg hadir seramai 53 orang.
7.45pm - Akhawat baru nak solat Maghrib sebab kami makan dahulu makanan berat.
8.15pm - Sesi berkenalan diadakan. Pada ketika ini Muallimah Rahimah sudah datang. Muallim Muhaimin dimaklumkan tidak dapat menghadirkan diri. Batch yg hadir terdiri dari batch 1 hingga 9.
8.30pm - Akhawat bergerak ke bawah utk menunaikan solat Isya' dan Terawih secara berjemaah dengan Ikhwah. Solat diimamkan oleh Akhi Fatehmuntazar (Imran K).
9.00pm - Selesai solat Isya' dan sunat Terawih 4 rakaat Akhi Ameen (Presiden Alumni) menyampaikan Tazkirah tentang perlunya kita mencari LailatulQadar pada 10 malam terakhir Ramadhan ini sampai dapat.
9.15pm - Solat sunat Terawih disambung kembali utk 4 rakaat lagi.
9.30pm - Sesi bersama Muallimah Rahimah bermula. Satu sesi yg aku kira lain pengisiaannya yg buat aku rasa sebak. Dalam sesi ini muallimah mengingatkan kami ahli-ahli Alumni utk menyedari semula bahawa 'expectation' yg diharapkan dari mereka yg pernah bersekolah di Hira' adalah amat tinggi sekali berbanding dengan sekolah2 lain hatta sekolah elit sekalipun.
Kami ini adalah hasil dari usaha ibu bapa yg risau akan masa depan apakah yg akan ditempuh oleh anak-anak mereka kelak. Atas kerisauan itu lah maka ibu bapa yg pada ketika itu sama dengan usia kita sekarang ini telah membina Sekolah Hira' dan Al-Amin. Muallimah Rahimah mengharapkan kami semua tidak lupa akan tujuan penubuhan Hira' dan berharap agar kami Alumni juga bersedia utk masa depan anak-anak kita kelak kerana masa depan yg akan dilalui oleh anak-anak kita entah bagaimana keadaannya nanti.
Perkara kedua yg Muallimah Rahimah sentuh adalah mengenai isu Palestin. Muallimah berharap Alumni dapat melakukan suatu perkara yg serius mulai sekarang kerana Muallimah berpendapat ahli-ahli Alumni sudah dewasa dan sudah pun berkeluarga. Isu Palestin bagi Muallimah adalah satu isu yg penting sekarang bagi umat Islam kerana musuh kita nombor satu adalah kaum Yahudi. Muallimah meminta agar kita meletakkan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin suatu hari nanti. Bukan esok, bukan minggu depan..tapi mungkin 20 tahun akan datang ketika kita dah tua tapi mampu lagi bergerak. Jikalau pun kita tidak dapat menjejakkan kaki, didiklah anak-anak kita agar mereka mengenali Palestin, agar mereka yg dapat menjejakkan kaki ke sana nanti.
Dalam menangani isu Palestin ini,muallimah meminta Alumni menanganinya secara WARAS. Jika dilaung-laungkan pun belum tentu rancangan akan berjaya sebelum bermula. Tapi jika dilakukan secara halus..tentu ada yg terkesan. Isu Palestin ini hendaklah ditangani secara bijaksana pada pandangan muallimah dan perlu dilakukan secara berterusan oleh Alumni.
Di akhir acara muallimah sempat membaca serangkap sajak yg dicipta sendiri oleh Muallimah. Sajak itu adalah mengenai permergian 'ayahanda' muallimah iaitu Sheikh Yassin.
10.15pm - Acara Iftar Ramadhan pun berakhir. Kami mengadakan sesi makan untuk menghabiskan lebihan makanan berbuka tadi.
10.45pm - Aku mula bertolak balik. Aku lalu NKVE sebab Anisah minta aku tunjukkan jalan ke USJ sebab dia tak tahu jalan. Dalam perjalanan aku ingat nak keluar kat tol Ebor/ Batu Tiga, tapi memandangkan 'jam' kat tol aku batalkan niat dan terus ke simpang ke Klang Utara.
11.15pm - Tiba di simpang ke Klang Utara aku lihat kereta depan berhenti. Aku ingat 'jam' biasa. Maka aku lalu ke Bukit Jelutong. Mana tahu bila aku lalu atas bila tengok bawah rupa-rupanya highway banjir!! Tiba di exit Shah Alam selepas keluar tol laluan di situ tak boleh lalu juga sebab banjir.
11.20pm - Maka aku terpaksa masuk ke Bukit Jelutong.Aku tersalah masuk simpang masa ni. Patut ke kanan tapi aku ke kiri. Jadi terus aku pandu masuk area perumahan Bukit Jelutong. Bila aku rasa macam salah jalan aku patah balik ke arah highway tadi dan menuju ke TTDI Jaya.
11.30pm - Aku lalu TTDI Jaya dan tak melalui jalan depan sebab aku rasa laluan tu banjir juga. Dalam drive tu hati aku 'cuak' juga, yelah jalan dah la gelap..pulak tu tak banyak kete. Aku drive menghala ke Batu Tiga. Tiba di satu jambatan yg merentangi sungai aku lihat banyak polis dan Bomba di tepi jambatan. Tika itu air sungai aku lihat dah tinggi. Jika hujan lagi aku rasa jambatan tu tenggelam. Bot-bot bomba pun ada. Lepas tu aku dapat tahu Janna & Fatehmuntazar lalu situ juga. Tapi diaorang kata tak boleh lalu sebab Bomba nak turunkan bot-bot tersebut ke dalam sungai. Tiba di Politeknik Shah Alam, aku tak ambik simpang yg masuk ke arah MAKRO sebab kat situ banjit juga. Maka aku terus ke arah Federal Highway. Tiba di simpang Batu Tiga/Federal Highway aku lihat jalan ke Batu Tiga ditutup oleh Polis. Banjir juga la tu.
12.00pm - Setelah hampir sejam berpusing-pusing mencari jalan keluar sebab banjir, aku, adikku dan Nuha selamat sampai rumah...
Sekian dulu catatan Iftar Ramadhan Alumni kali ini. Banyak kenangan manis yg aku dapat. Malang sekali aku tak bawa kamera. Kalau tidak boleh aku tunjukkan pada pengunjung2 sekalian.
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment