Selamat Hari Raya...SILA KLIK DI SINI!!!

Saturday, 20 November 2004

Di pagi Hari Raya selepas balik dari masjid Posted by Hello

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapakan pada semua pengunjung blog ku..
Harap-harap korang sihat ye..jgn demam raya macam aku ni udah la ye..

Ok..Hari Raya hari tu aku sekeluarga balik Mersing, Johor kali ni. Kami bertolak jam 8 malam hari Jumaat. Pertama kali kitaorg balik malam. Selalunya balik siang.
Anyway kami sampai sehari sebelum Raya la..jam 1 pagi hari Sabtu selepas 6 jam memandu.
Kat Mersing kali ni ada Makcik Jiah, Cik Imah, Pakcik Jamal, kami, Pakcik Majid dan Cik Eton. Pakcik Jalil sekeluarga tak balik sebab Nois ada SPM. Janna & Fatehmuntazar sampai pada raya ke-3. Diaorang raya kat Perak dulu.

Sambutan Raya kali ni lain sikit. Kalau dulu ada sesi bergambar di pagi raya ikut keluarga..tapi kali ni takda sesi tu lagi. Cuma gambar-gambar kandid yg aku ambik. Ini adalah kerana raya tahun ni ada kekurangan 2 insan tersayang iaitu arwah atuk, Hj Hassan b. Johari, yg meninggal bulan 1 hari tu dan arwah sepupu Noorziayu bt. Md. Noor yg meninggal bulan 7 hari tu. (Yg keluar paper pasal pembantu penyelidik mati dibunuh bekas kekasih).

Sayu rasa hati tengok Makcik Jiah sekeluarga..tentu di hati mereka rasa sebak kerana buat pertama kalinya arwah Kak Ayu takde. Aku pun rasa sayu..sebab kadang-kadang terngiang-ngiang di terlinga ni suara Kak Ayu bergurau senda di malam raya. Seboleh mungkin kami tidak menyebut nama Kak Ayu didepan keluarga Makcik Jiah. Bimbang mengundang rasa pilu. Pada hari aku sampai Mersing, aku di beritahu yg semalamnya harijadi arwah Kak Ayu. Sayu aku lihat makcik Jiah menangis.

Apa-apapun kalau nak tengok suasana tempat aku beraya..klik di atas ye. Kampung aku ni tepi pantai je..jadi banyakla gambar kat pantai. Tapi sekarang musim tengkujuh..jadi air keruh dan ombak kuat. Kalau datang dalam bulan 6 air laut hijau kebiru-biruan..jernih..

Ok..Salam Eid Mubarak diucapkan pada semua...

0 choices made: