Assalamualaikum...
Hari ni hari jadi Mama. Balik tadi aku sempat belikan hadiah untuk Mama. Ternyata Mama begitu suka sekali. Sempat juga Mama kata, "Mama selalu dapat hadiah masa birthday. Anak-anak, Mama tak bagi apa pun".
Ketahuilah wahai Mama sayang, doa Mama untuk kami anak-anak Mama sudah mencukupi. Masakan aku boleh lupa, Mama lah yang selalu bangun tengah malam solat sunat sambil mendoakan anak-anak jika kami ada exam. Saban tahun begitu. Namun Mama tak pernah putus doakan kami hingga kami semua Alhamdulillah berjaya hingga kini.
Aku rasa puas dapat kucup kedua-dua belah pipi & dahi Mama. Kalau Hari Raya, Mama & Makcik Jiah yang selalu buat begitu selepas Solat Sunat Raya, kini hari yang istimewa buat Mama giliran aku pula membalas.
Selamat Hari Jadi Mama..
Happy Birthday Mama..
I will love you always & forever...
p/s: Banyak lagi nak tulis, tapi nanti feeling habis..:P
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment