Ada yg sudah bertanya kenapa tak update blog? Jawapan biasa saya; sibuk. Itu benar sungguh.
Semalam ada kelas lagi. Balik Shah Alam semalam dengan rakan pejabat kerana saya perlu balik semula ke Tanjung Malim malam itu juga. Saya perlukan peneman supaya tidak mengantuk bila memandu.
Lepas kelas habis 8.30mlm, saya dengan rakan menuju ke MPH di Giant Sek.13. Wah! Saya borong sakan buku. Iyelah tahun ni, belum ada buku lagi yang saya beli. Rakan saya tu pun beli juga. Buat penghilang bosan kerana hujung minggu ni (esok) saya dan dia tinggal berdua di rumah sewa kami. Yang 2 lagi rakan balik KL. Hmm..tapikan, buku tahun lepas ada lagi banyak yang tidak habis baca. Berikut senarai nya:
- Handle With Care: Motivating & Retaining Employees - Barbara A. Glanz
- Malaysia Dalam Peralihan: Ceritalah 1 - Karim Raslan
- The One-Page Project Manager - Clark A. Campbell
- Mikahil - Ramlee Awang Mursyid
- The Girl Who Played With Fire - Stieg Larsson
- Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Muhammad Alexander
- Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan ke Dalam Bahasa Malaysia
- Majalah NUR Ogos 2009
- Blueprint Asia
Peringatan juga buat adinda-adinda saya, kalau ada kawan-kawan korang yang pinjam buku akak tolong pulangkan ye! Akak tau buku akak banyak buku hilang terutamanya semua buku karya Habiburrahaman El Shirazy & Zaid Akhtar. Akak sayang buku tau. Itulah harta akak!
0 choices made:
Post a Comment