Semangat 2010

Sunday, 17 January 2010
Assalamualaikum,

Wah! Terasa lama sungguh tak update blog ni. Macam-macam peristiwa dah berlaku. Takpela tu cite kemudian.

Baru sedar dah masuk 2010. Dah pertengahan Januari pun. Aku ni takde azam sangat tahun ni macam tahun-tahun yg lepas. Tapi ada la sikit sebanyak perubahan yg nak dibuat. Pertamanya aku nak belajar masak. Setakat semalam aku dah berjaya masak Tom Yam! Wah! satu pencapaian you! Mana taknya, kalau kat rumah Klang tu tak masak pun. Sejak duduk Tanjung Malim ni masak sendiri walaupun makan luar murah juga. Sudahnya housemate jadi bahan uji kaji rasa..haha. Next nak cuba resepi apa ye? Hmm ikut mood la juga..lagipun resepi senang je nak cari dalam internet ni.

Keduanya, aku dah start bersenam. Pagi ni pun baru je balik dari jogging kat Tasik Proton city. Hari Khamis hari tu start dengan berjalan 2 km. Sekarang ni rakan-rakan ofis dah start berjogging lepas keje samada di Tasik Proton City atau keliling Padang Istiadat di site. Tahun ni nak kena bina semula stamina & fitness. Target nak turun berat badan..hahaha..

Ketiganya, hmm..takde kut. Set yg dua tu je dulu. Azam tahun lepas pun, satu je tak tercapai iaitu pergi New Zealand tapi ganti dengan pergi Sabah. Jadilakan pulau Borneo :D . Ongkosnya takde nak pegi NZ. Tahun ni tak tahu la nak pergi mana pulak.

Ok, jumpa lagi lain kali..nak pi masak

0 choices made: