Assalamualaikum,
Hari ni saya cuba buat coklat setelah beberapa lama belajar dari Kak Rahimah. Dengan bersemangatnya saya membeli hampir ke semua bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk buat coklat.
Bermula jam 4 petang operasi bermula dengan men'temper'kan coklat Dark chocolate couverture. Test 5 minit, jadi OK. Sebelum tu buat inti ganache white chocolate + strawberry filling. Bila test okay, saya mula mencetak coklat dalam mould untuk buat kelongsong. Letak dalam peti sejuk dalam 15 minit ++. Bila tekan coklat tu takde bekas apa-apa, mula la isi ganache dan tutup dengan coklat kembali. Kemudian coklat dimasukkan kedalam peti ais.
3 jam kemudian saya cuba keluarkan coklat dari mould, tak nak keluar pulak!! Adoi..macam mana nak buat ni?
Takpe, biarkan dulu. Saya cuba pula buat milk chocolate. Bila test selepas seeding,fail. Tambah coklat lagi, bila test fail lagi dan test seterusnya fail juga (entah berapa kali buat tak tahulah). Dah naik sakit kepala dah ni pasal dekat 1 jam 1/2 duk test coklat tu cukup tak tempering nya.
Last-last mengomel dalam mailing list pasal coklat yg tak nak keluar dari mould & tempering yg asyik fail je. Bila Kak Rahimah bagi cadangan letak dalam freezer sekejap, baru la coklat-coklat tu dapat dikeluarkan dari mould. Kalau tak pecah agaknya mould-mould tu sebab saya ketuk dengan lesung (geram punya pasal).
Kak Rahimah juga bgtau mungkin masa seeding tu ada slack mana-mana sebab tu tempering milk chocolate tu tak menjadi. Mama Zieza kata jangan give up buat coklat ni. Dia bagi cadangan buat spread untuk coklat yg tak menjadi tu ataupun buat hot chocolate, fudge, cake topping ke. Tapi saya pilih simpan untuk buat spread roti je la. Nak buat segala bentuk kek tu saya tak reti. Takpun bagi org je pasal sebenarnya dah nak termuntah tengok banyak sangat coklat tu (650gm tu!) Kesimpulannya saya memang fail kalau tiba bab memasak ni. Selalunya 1st round je menjadi. 2nd round, 3rd round selalu fail. Macam kes buat chocolate cheese cupcake tu laa...
Mujur juga untuk makan sendiri coklat ni, kalau untuk berjual habislah modal!
P/s: Milk chocolate tu dah jadi keras dah dalam bekas. Sapa nak makan, makan laa..eden tak larat nak tengok!!!
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment