Tak Sabarnya

Friday, 26 February 2010
Assalamualaikum,

Semalam aku bayar duit tambang MAS ke London kat kawan baik aku. Malam tu aku mimpi aku dah nak terlepas flight. Siap tanya kawan aku dalam mimpi tu,
"Sekarang pukul berapa?".
Kawan aku jawab, " Kul 7ptg kak".
"Eh flight akak kul 9mlm kan? Alamak! Sempat ke nak ke airport nih? Bukan check in sekarang 3 jam sebelum fly ke?"

Sekali dalam mimpi tu juga'
"Eh sekarang baru bulan 2 laaa..fly bulan 7".

Mimpi ni berulang-ulang pulak tu, tapi dengan jalan cerita yang berbeza-beza la.

Huahahahaha..ni gara-gara tak sabar nak bercuti ke London la nih.

4 choices made:

haidar said...

wah..seronoknya huda dapat berjalan ni..teringin jugak..huhu..tp jgn lupa, yg penting niat dan ambil pengajaran..selamat bermusafir nnt..

Aina Ana said...

Haidar, insya'Allah.

Next trip ke Mesir kalau ada rezeki. Dalam perancangan tahun depan kalau jadi. Time tu Haidar dah final year ke? Nak ziarah korang yg dah lama tak jumpa :D

SMM said...

kak huda,
dulu masa baru2 balik dr uk, saya selalu mimpi, sedar2 dah ada kat uk, pastu kelam-kabut sebab cuma ada seminggu tapi tak plan so tak sure nak cover mana or buat apa.
saya rasa ini adalah 'cermin' perasaan dalaman saya yg ada sedikit 'kesal' sbb tak manfaatkan waktu di sana sepenuhnya. bila dah balik sini, barulah mcm2 yang i wish i had done..

Aina Ana said...

Mynie..Alhamdulillah Allah bagi rezeki kat akak untuk jejakkan kaki semula ke UK selepas 2 tahun. Tahun 2008 pegi banyak yg tak dapat pegi@explore. Kali ni manfaatkan betul-betul waktu di sana.

Mungkin sebab tak sabar nak pegi sampai termimpi-mimpi :D