Assalamualaikum..
Wah!! Sudah lama aku tak pegi berenang di kolam renang UiTM sejak tamat belajar 3 tahun lepas. Kali ini setelah waktu rehat hari Jumaat ditetapkan dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3 petang, maka aku tidak melepaskan peluang untuk pergi berenang semula.
Air kolam tak sesejuk kalau pergi berenang waktu petang. Dengan caj masuk RM 2.00 aku rasa berbaloi. Suka hati aku nak berenang macam mana pun sebab wanita & lelaki tak bercampur. Waktu yang berbeza telah ditetapkan untuk wanita & lelaki.
Aku tak la reti berenang sangat. Gaya bebas (freestyle) boleh laa.. itupun sejauh mana boleh tahan nafas. Teknik bernafas itu la yang aku tak mahir lagi. Macamana nak mahir kalau belajar berenang pun sendiri-sendiri..hehehe.. Orang lain kata berenang breastsroke (berenang katak) tu paling mudah dipelajari tapi bagi aku susahnya nak buat. Kuak lentang (backstroke) pun boleh juga buat. Tapi tak suka sangat sebab walaupun tahan nafas, air tetap masuk hidung. Perit rasa hidung ni. Terapung dalam air dalam keadaan baring tu boleh juga..kadang-kadang dah malas nak berenang-renang, aku terapung-apung je dalam air tu.
Walauapapun nak mahir berenang kena belajar teknik bernafas dulu iaitu tarik nafas ikut mulut lepas ikut hidung..haa yang ni aku tak reti bila dalam keadaan berenang. Dalam keadaan statik tu boleh laa...
Anda nak berenang?
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment