Assalamualaikum,
Pagi-pagi bangun untuk solat subuh aku sudah merasa denyut di kepala. Terasa begitu sakit sekali. Ubat migraine yang diletak dikepala katil dicapai lantas ditelan dengan sebotol air. Aku tahu sakit ini tidak akan hilang segera. Selesai solat subuh, aku tidak berdaya untuk naik ke katil. Sekadar mencapai bantal dan tidur saja di sejadah.
Jam 9 pagi aku celik semula, tetapi kepala ku terasa pusing sekali. Hendak telan ubat, perut masih kosong. Sudahnya aku tidur semula hingga jam 10pg. Oleh kerana hendak mengalihkan tumpuan dari terlalu memikirkan sakit kepala, aku mencapai novel melayu 'Zahrah de Tigris' yang baru aku beli beberapa hari lepas. Sangat enak sekali membacanya. Jalan cerita tidak bersimpang siur. Watak-watak dapat diikuti dengan jelas tanpa perlu patah balik ke muka surat awal untuk memastikan siapa watak ini.
Alih-alih baca sampai habis, hari sudah pun jam 2 petang. Baru sedar tak makan apa dari pagi. Badan sudah menggigil. Tambahan migraine belum surut sepenuhnya. Sudahnya aku solat Zohor dalam keadaan duduk. Bila berdiri rasa nak tumbang. Turun ke dapur, aku hanya makan nasi lemak. Walaupun perut sudah kenyang, tapi aku masih menggigil.
Petang, aku mengikuti adik aku ke Carrefour membeli barang dapur rumahnya. Aduh! Sungguh terseksa aku rasa, mahu saja tumbang tika itu. Rupanya aku masih tidak berdaya berjalan-jalan. Aku berpaut saja di trolley. Tidak sampai hati bagitau adik aku, yang aku rasa nak balik. Dalam sibuk membeli barang, aku capai 100 Plus sebotol. Masuk saja dalam kereta untuk pulang, terus saja diminum. Teringat nak kena hantar adik aku balik asrama. Rasa macam tak larat je. Nak minta adik sorang lagi tu hantarkan. Tapi dia lebih awal sudah keluar. Nak tak nak, aku juga yang kena hantar. Syukur alhamdulillah jam 5.30ptg aku hantar adik aku balik, aku sudah seperti sediakala.
Syukur, Alhamdulillah...
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment