'Candu' Resah

Friday, 23 May 2008
Assalamualaikum,

Semalam aku resah lagi. Gara-gara masalah yang menimpa begitu menyesak kalbu ku. Pening kepala ku. Disaat itu aku segera membayangkan akan keseronokan rasa & minda jika aku beli 'candu' lagi. Hilang segala onak rasa. Setiap kali aku sedih, resah atau alami masalah yang begitu mendesak sekali, maka setiap kali itu duit aku akan melayang untuk beli 'candu' ini. Dan aku rasa semua orang patut hisap @ makan @ digest 'candu' kehidupan ini. Biar berkembang peribadi, biar halus bicara, biar sabar menghadapi hidup.

Anda ingin tahu? 'Candu' yang ku maksudkan adalah buku-buku. Muahaha..tertipu kah anda? :D
Semalam sudah buku yang ke-4 aku beli dalam bulan ni. Wah! Banyaknya duit kamu ye? Nak buat macam mana, dah memang minat aku kat buku sejak kecil lagi. Nasib baik bukan candu betul kan. Dah namanya 'book addict' akan selamanya ketagih buku. Buku terbaru yang aku beli bertajuk "Persis Sebutir Pasir" karya Manjlara terbitan Jemari Seni. Gambar tidak dapat nak upload. Nantilah, akan ku upload dengan gambar-gambar buku-buku yang lain.

Oh ye, sedang leka mencari buku, ada seorang gadis menyapa ku.
"Akak dah lama baca novel tak?" tanya si gadis.
"Em..dah lama juga la, kenapa?" balas aku.
"Saya sedang cari buku yang best-best untuk dibaca. Akak boleh cadangkan tak?"
"Nak beli untuk siapa?" tanyaku.
"Saya yang nak beli. Saya dengan tiga orang kawan saya sekarang sibuk membeli buku novel. Saya ni walaupun nampak brutal, tapi bila baca novel yang best tu, menangis juga saya" jelas adik tersebut.
"Kalau adik nak cari buku yang best sebagai permulaan, adik boleh baca karya Sharifah Abu Salem. Jalan cerita dan gaya bahasa memang mudah difahami & diikuti. Pilihan lain, adik boleh baca buku-buku terbitan Jemari Seni (wah! promosi nih!). Akak beli novel pun berdasarkan komen rakan-rakan. Kalau akak dapati novel tersebut bagus akak akan beli (walaupun, aku beli juga berdasarkan pertimbangan sendiri)".
"Ye ke kak? Terima kasihlah ye. Akak ada nombor phone tak? Boleh nanti akak SMS saya kalau ada novel-novel best yang terbaru" ujar gadis tersebut.

Terus sahaja aku hulurkan 'name card' buat adik tersebut. Gadis tersebut lalu mengambil novel Sharifah Abu Salem. Dan aku tidak tahu pun nama gadis tersebut. Dan aku pun terus mencapai "Persis Sebutir Pasir".

0 choices made: