Dublinia

Tuesday, 24 June 2008
Assalamualaikum,

Setelah seharian berkurung dalam rumah kerana cuaca yg terlalu 'windy' dan hujan, semalam saya ke bandar. Kali ini saya berkunjung ke Dublinia, Dublin Castle & Trinity College Dublin sekali lagi. Di Dublinia, saya dapat melihat asal bandar Dublin dari zaman Viking. Boleh dikatakan Dublinia ini serupa muzium tetapi yang interaktif. Ada barang yang boleh ditulis, dibaling, dibuka, ditekan dan sebagainya. Menarik sekali. Dublinia ini asalnya tapak gereja. Malahan di sebelah Dublinia ini adalah Christ Church Cathedral.

Di hadapan Dublinia
Di jambatan yang menghubungkan Dublinia dengan Christ Church CathedralChrist Church Cathedral

Setelah hampir sejam berlegar di dalam Dublinia dan sekitar Christ Church Cathedral saya berkunjung ke Dublin Castle. Di sini sebenarnya hanya tinggal 1 menara asal. Menara ini sebenaranya sebahagian dari 'fortress wall' yang mengelilingi asal Dublin.

Dublin Castle
Kucing yang besar sekali yang dijumpai di taman bersebelahan Chester Beatty Library

Di Trinity College saya berkunjung ke bangunan-bangunan yang terletak di bahagian belakang. Juga padang di situ yang ketika dikunjungi sedang diadakan perlawanan kriket. Saya juga berkunjung ke Book of Kells (kitab Bible yang dekoratif & berwarna-warni. Wujud sebelum kedatangan Viking) & Long Hall, iaitu perpustakaan tertua (400 tahun) kerana sekarang sedang dilakukan proses pemuliharaan. Perpustakaan ini 2 tingkat dan semuanya diperbuat dari kayu (alangkah bagusnya kalau saya ada perpustakaan seperti ini). Maaf gambar untuk Book of Kells & Long Hall tidak ada kerana tidak dibenarkan mengambil gambar.

Setelah selesai di Trinity, saya berkunjung sekali lagi Grafton Street. Saja menjamu mata. Sempat juga masuk ke Brown Thomas. Kedai umpama Gardens tetapi dalam skala 1/10 saiznya. Di sini saya puas masuk semua kedai, Prada, Guess, Louis Vitton, Chloe & entah apa-apa lagi barangan berjenama lain tanpa rasa diri ini dipandang semacam kerana tidak berduit. Kalau di Malaysia, jangan harap la nak berdiri depan pintu kedai sebegini. Terfikir juga, jika masyarakat merasakan nilai mereka diukur dengan memiliki barang-barang berjenama, alangkah ruginya mereka. Kerana sesungguhnya Allah menilai setiap manusia itu dengan tahap takwanya. Moga diri ini menjadi orang yang bertambah ketakwaan padaNya.

Sebelum balik sempat singgah di Clarks, membeli kasut yang tengah 'sale'. Di sini adik saya kata Clarks umpama Bata di Malaysia. Tetapi masyarakat Malaysia umpamakan Clarks itu kasut yang berjenama. Saya meminati Clarks kerana itulah kasut yang saya pakai masa kecik. Sungguh selesa.

0 choices made: