Stress..Stress..Stress

Wednesday, 4 June 2008
Assalamualaikum

[1] Petrol naik harga.

Tengah malam ni harga petrol akan naik dari RM 1.92 kepada RM 2.70. Dalam tidak mahu turut serta gerombolan-gerombolan manusia mengisi tanki kereta masing-masing di stesen minyak, saya buat juga. Mujur tidak lama menunggu di BHP walaupun kelihatan begitu banyak sekali kereta-kereta di SEMUA stesen minyak. Bukan apa, tanki kereta memang dah nak kosong. Terbang RM 50, tapi takpe boleh tahan 1 minggu. Minggu depan baru isi minyak petrol ikut harga baru (dalam hati menyumpah-nyumpah seranah kerajaan).
Di samping mengumumkan kenaikan harga petrol, harga elektrik pun naik juga. Ha! Ni kena jimat elektrik juga ye. Takde orang dalam bilik, tutup lampu & kipas. Kalau ada aircond, kurangkan penggunaannya.

Walaupun demikian, kerajaan juga telah mengumumkan rebat tunai RM 625 untuk setiap kenderaan persendirian di bawah 2,000cc. Pembayaran dibuat semasa pembaharuan cukai jalan. Emm..tak faham sangat la. Cukai jalan kereta saya cuma RM 72 je. Dapat banyak tu juga ke atau RM 625 tu?

Tapi yang pasti harga barang selepas ni mesti naik, sebab kos pengangkutan naik. Beras dah naik harga dah. PM suruh ubah cara hidup, masalahnya Pak Menteri, kalau harga barang semua naik, kami rakyat marhaen ni nak ubah cara hidup macam mana lagi? Lain la kalau kos perubatan percuma, di mana penginapan di hospital tak perlu bayar, cuma caj rawatan Dr. saja, ataupun cukai kereta dikurangkan, tak la terasa beban sangat bayar ansuran bulanan kereta.
Adui la hai..stress sungguh!!!

[2] Stress nak kawin nih..

Tinggal lagi beberapa hari saja menjelang 15/06/2008 (Ahad). Saya akan menikah pada waktu tersebut. Masalahnya banyak benda tak setel lagi ni. Harapkan baju nikah je dah setel. Itu pun manik sikit lagi tak jahit. Yang lain-lain kena minta tolong budak-budak ofis & kawan-kawan la gamaknya. Macam mana la tak kelam kabut kan, tunang nya pun baru Ahad lepas. 2 minggu je tempoh.

[3] Stress nak bercuti

Nak cuti ni pun stress juga. Lepas nikah tu, insya'Allah 2 hari kemudian saya akan bercuti ke Ireland selama 2 minggu. Masalahnya bos dah lulus dah 7 hari pertama. Yang lagi 11 hari cuti tanpa gaji ni, dia tak luluskan lagi sehingga dia berbincang dengan Project Manager. Bos juga minta saya sediakan pelan rangka kerja untuk 3 minggu sempena ketiadaan saya supaya dia boleh pantau kerja anak-anak buah saya. Waktu makan tadi dah bincang-bincang dengan Project Manager agar dia setuju dengan kehendak saya.
"Please, pretty please boss, I nees this holiday so much. Stress sangat dah keje ni...Bos dan staf lain dah bercuti Hari Keluarga hari tu, saya tak dapat ikut"

0 choices made: