Assalamualaikum,
Semenjak 2-3 bulan ni, di ofis saya sudah ada perangai-perangai yang tidak senonoh. Sebetulnya saya tidak berapa gemar bercerita tentang ofis saya, walaupun tiada di sana yang tahu mengenai blog saya ini, tak salah berhati-hati.
Tapi kali ini perkara-perkara yang berlaku depan mata & yang didengar dengan telinga amat menyesakkan dada. Ini gara-gara kemasukan staf-staf baru yang pada pandangan saya tidak memahami visi bos-bos saya yang memang Islamik dan mendukung ciri-ciri cemerlang sebuah syarikat.
Staf lelaki bawah saya gemar menceritakan masalah rumahtangganya pada staf perempuan yang dah berkahwin juga. Bukan sorang dua, tapi saya kira hampir satu ofis dia bercerita. Saya tidak terkecuali tapi cuma di peringkat awal. Sejak itu, saya tidak ingin dengar kerana hal rumahtangga adalah rahsia. Oleh kerana saya sebagai kaunselor ofis tak bertauliah tidak lagi melayan masalah dia, maka dia bercerita pada orang lain. Sebab saya tidak mahu dengar mudah, kehancuran rumahtangga bermula dengan bibit-bibit beginilah. Sudah ada isteri org di ofis saya yang sudah berani pegang-pegang laki orang. Astagfirullah! Sungguh mereka ini tidak takut dosa!
Tidak hanya itu, malah boleh ber'chatting' lucah sesama sendiri dalam YM. Lebih menggemparkan sudah ada yang berani melayari laman web yang tidak bermoral pada waktu pejabat. Ini saya saksikan sendiri. Terkedu dan tergamam saya ketika sehingga timbul resah dalam jiwa saya beberapa hari. Akhirnya bos saya tahu sendiri. Sungguh memalukan kerana yang melakukan perbuatan ini orang yang sudah berkahwin!
Tugas dan amanah sebagai pekerja sudah ada yang abaikan atau buat tidak peduli. Kadang-kadang mahu saja saya luku kepala mereka dan katakan bahawa keberkatan rezeki hadir bila kita amanah dalam bekerja. Macamana nak berkat rezeki kalau waktu pejabat digunakan untuk ber'chatting', melayari laman web, bergayut di telefon bercakap hal peribadi, dsb. Lepas tu mengadu pada saya duit sentiasa tak cukup, hutang banyak, gaduh laki bini. Malas saya nak layan orang-orang begini.
Saya akui kadang-kadang saya juga terbabas, tapi tidak sampai mengganggu kerja saya. Sebab tu saya lebih suka tidak buat 'claim' perihal urusan kerja dari syarikat kerana saya yakin, saya tidak layak 100% atas gaji saya. Mungkin dalam sebulan tu, produktiviti saya hanya 18 hari. Yang selebihnya buang masa. Saya tidak mahu rezeki yang saya dapat sekarang tidak berkat. Itu lebih teruk walaupun banyak duit. Biarlah sedikit tetapi berkat.
Saya perhatikan dalam ofis saya, yang gaji kecil tapi amanah bekerja sentiasa merasa cukup dengan apa yang mereka dapat. Malahan masih boleh menyimpan. Ada juga yang walaupun gaji banyak, masih lagi berhutang. Ya Allah! Aku mohon dijauhkan sifat tidak amanah dalam bekerja ini.
Maaf jika catatan kali ini membuat anda pembaca tidak senang. Ini sekadar luahan rasa hati saya yang terlalu kecewa dengan kelakuan staf-staf di pejabat saya. Buat pengetahuan, apa yang tercatat disini memang dibincang antara saya (sebagai staf lama) dengan bos saya. Mesyuarat staf yang diadakan oleh bos saya tadi telah menyebut isu-isu diatas. Siapa yang makan cili dia yang rasa pedas. Penggunaan internet akan dihadkan kepada staf senior sahaja (termasuk saya) agar perkara ini tidak berulang.
Itulah, bila kemudahan yang diberi disalah guna, baru nak menyesal bila ditarik balik. Tapi usah salahkan orang lain, yang salah itu diri sendiri.
p/s: Walaupun catatan saya ini tidak dibaca staf-staf pejabat saya, saya anggap ia sebagai peringatan buat diri saya sendiri.
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment