Pesta Buku Selangor 2008 (2)

Monday, 4 August 2008
Assalamualaikum

Sabtu lepas, 02/08/08 saya berkunjung lagi buat kali ke-2 (dan terakhir) ke Pesta Buku Selangor 1008 di Kompleks PKNS. Oleh kerana saya agak tertekan dengan masalah yang menimpa seminggu lalu, saya berhabis duit jugalah membeli buku-buku. Mujur la bukan banyak makan, maunya gemuk nanti..ahahaha..

Berikut ialah buku-buku yang saya beli (tiada gambar kerana tiada kamera):
  1. The Everything Home-Based Business Book - Yvonne Jeffrey & Sherri Linsenbach
  2. Kasih Disemai Sayang Dituai, Dr. Amida Abdul Hamid - Galeri Ilmu
  3. Suu Phea, Abu Hassan Morad - AMN Publications
  4. Tunas, Hlovate - Jemari Seni
  5. aA + bB, Hlovate - Jemari Seni
  6. Naqiah Khalida, Diya Noordin - Must Read Sdn Bhd
  7. Kuseru Namamu Kekasih, Maya Iris - PTS
  8. Curahan Cinta Niagara, Maya Iris - PTS
  9. Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme kepada Islam, Kassim Ahmad - ZI Publications Sdn Bhd
Huish! Banyaknya buku, yang beli minggu sudah pun belum mula baca lagi. Pulak tu sekarang selera baca buku 'non-fiction'. Buku-buku novel belum buka plastik pun ada lagi. Sekarang sedang membaca buku karya Kassim Ahmad yang dahulu mencetuskan kontroversi dengan bukunya bertajuk 'Hadis - Satu Penilaian Semula' pada tahun 1986.

0 choices made: