Hari Sabtu lepas, 26/07/08, saya berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Selangor yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam dari 25/07/08 hingga 03/08/08. Awal-awal lagi duit dah tolak ke tepi kerana dikhabarkan oleh Wanie 2 minggu awal walaupun belum gaji lagi.
Tolak ke tepi baju raya, tolak ke tepi kasut & tas tangan, yang penting 'candu' saya dapatkan dulu. Habis juga dekat Rm300. Setakat ni saya membeli buku yang diberi ulasan bagus oleh kenkawan blog dahulu. Oleh kerana tempat Pesta Buku berhampiran pejabat, maka saya akan mengunjunginya berulang kali selepas habis waktu pejabat. :P Sukanya saya!!!
Terdapat juga gerai yang menjual buku yang diimport dari Indonesia. Tapi harganya mahal juga. Walaupun begitu, membaca tajuk-tajuk buku ini bergetar dada dibuatnya. Hebat-hebat. Ada lah 1-2 buku yang saya beli. Tentu ada yang tak sangka kenapa saya beli buku Ustaz Cahyadi yang bertajuk "Bahagiakan Diri Dengan Satu Istri". Entah saya pun tak tahu kenapa. Tapi memikirkan ini buku Ustaz Cahyadi, maka saya beli juga kerana itu sahaja tajuk yang ada. Tajuk yang saya cari "Di Atas Jalan Dakwah Aku Menikah" tak terdapat.
Berada di Kompleks saya menerima SMS Wanie menanyakan di mana gerai yang menjual novel karya Andrea Hirata, sayang kita tak dapat berjumpa buat pertama kalinya ya. Harap-harap dapat bertemu juga nantinya. Insya'Allah.
0 choices made:
Post a Comment