Book for November 2008.
UPDATE:Tajuk: Bukan Yang Pertama
Karya: Salina Ibrahim
Terbitan: PTS Milenia
Harga: RM34.00
Ulasan:
Watak utama dalam cerita ini adalah Yasmin Zulaikha, seorang graduan universiti yang berusaha sekuat mungkin mencari kerja di Kuala Lumpur sesuai dengan kelayakannya. Takdir menentukan dia akhirnya menetap dan bekerja di desa mengusahakan projek homestay dan makanan tradisional kampung.
Watak pembantu terdiri dari mak Yasmin, abang Yassin, Anis & Azlan (anak sepupu mak Yasmin), Jason (seorang kacukan Cina Inggeris yang akhirnya memeluk Islam selepas menetap di homestay Yasmin), Mak Long Zaharah (rakan baik mak Yasmin), Ustaz Mustakim, Hasniah, Pak Isa, Alang Karim (ketua kampung), & Umar Khalil.
Setiap watak diberi perkembangan yang baik. Dari satu bab ke satu bab ada debaran yang menggunung. Mungkin kerana Salina Ibrahim sebagai editor majalah Karangkraf, maka gaya bahasa, penceritaan dan penggunaan perkataan digunakan secara baik.
Secara umum cerita ini biasa sahaja, namun yang luar biasa kerana apa yang diceritakan dapat dikaitkan dengan kehidupan kita dengan penggunaan ayat-ayat al-Qur'an, hadith & kisah Nabi & Sahabat yang banyak tetapi tidak terlalu sarat.
0 choices made:
Post a Comment