Assalamualaikum,
I'm really overweight. Just one to two steps to being obese. Hisy...takutnya. Alahai macam mana ni? Nak kata saya kuat makan tidak juga. Nasi memang bukan makanan wajib. Seminggu boleh kira berapa kali makan nasi. Selebihnya banyak makan roti. Saya sekarang pun pandai dah makan roti 'wholewheat' kalau ada pilihan. Nak elakkan 'white bread'.
Hmm, mungkin saya kurang bersenam? Macam mana nak bersenam kalau lutut bermasalah. Jogging sudah tentu tolak ketepi. Yang saya reti, berenang & yoga. Sekarang pula kolam renang UiTM tengah tutup. Tengah ubahsuai. Lagipun saya berenang hari Jumaat sahaja.
Yoga? Tikar yoga ada kat rumah tu. Dulu pun penah ikut kelas yoga. Berpeluh-peluh juga buat yoga ni, sapa kata nampak rilek je. Your muscle is stretched to the limit and you'll be surprised to know that you have muscles in places you'd never notice. Saya buat yoga pun kalau tak letih lepas balik keje.
Eleh..sebenarnya kan, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya yang sengaja mencipta alasan untuk tidak menjaga berat badan. Kalau saya betul-betul 'health conscious' tentu saja saya akan berusaha sebaik mungkin agar tidak 'overweight'.
Help!! Macamana nak motivate diri supaya dapat capai 'ideal weight' ni? Pulak tu kan, setiap hujung minggu mulai minggu ni sehingga cuti sekolah bulan 8 nanti ada walimah sahabat-sahabat. Wah! lagila naik 'weight'nya!. Apa-apa pun pemeriksaan darah menunjukkan kandungan gula saya sihat & tekanan darah normal.
Najah macamana hang kurus eh? Zaman sekolah dulu hang tembam juga. Masa jumpa dulu hang slim & cun je.
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment