Assalamualaikum,
Rezeki masing-masing telah Allah kurniakan dalam bentuk yang berbeza. Yang penting keberkatan yang diperoleh dari rezeki itu yang akan membuat kita merasa cukup dengan apa yang kita dapat.
Alhamdulillah saya merasa cukup dengan apa yang saya dapat. Saya tidak pernah bekerja kerana duit, tapi saya sentiasa merasa cukup. Ada yang bertanya gaji saya banyak ke sampai boleh tiap-tiap tahun melancong ke luar negara? Terus terang saya katakan gaji saya hanya RM2*** sebulan. Tapi mungkin itulah Allah telah lapangkan rezeki saya sampai makan tengahari kadang-kadang ada sahaja yang belanja. Baik bos mahupun kawan. Selalu juga saya akan belanja balas kerana merasakan rezeki wajar dikongsi. Bila nak beli tas tangan atau kasut, tidak pernah melebihi RM 30 dan selalunya barangan jenama Marie Claire yang saya beli. Ada yang tanya bagaimana saya boleh beli semurah itu padahal mereka tak jumpa pun. Sekali lagi mungkin Allah murahkan rezeki saya.
Kereta? Saya tidak punya kereta sendiri. Pakcik saya dengan murah hati meminjamkan kereta dia untuk saya guna dan selenggara. Alhamdulillah rezeki saya walaupun kereta lama. Rumah? Saya masih tinggal dengan mak ayah saya, kerana mak saya tidak benarkan anak dara dia tinggal menyewa. Alhamdulillah rezeki saya.
Kesimpulannya gaji yang saya dapat sepenuhnya untuk saya. Alhamdulillah rezeki saya. Kadang-kadang saya kongsi juga dengan keluarga saya. Beli baju raya untuk semua adik-adik perempuan & mak saya, beli kek harijadi untuk adik-adik, beli hadiah untuk mak saya setiap tahun, dsb.
Jika rakan-rakan saya bertanya berapa gaji saya, mereka tidak percaya sebab pada mereka saya patut dapat gaji lebih dari itu seperti yang mereka peroleh. Maaf la kawan-kawan, rezeki setiap orang itu Allah kurniakan dengan cara berbeza. Saya mensyukuri rezeki yang saya ada sekarang, Alhamdulillah.
2020
5 years ago
0 choices made:
Post a Comment