A Social Observation

Sunday, 13 July 2008
Assalamualaikum

Artikel kali ini adalah berkenaan pemerhatian saya terhadap masyarakat Barat selama saya menziarahi Dublin, Paris & London dalam tempoh 2 minggu. Ini adalah semata-mata pemerhatian saya semata-mata. Mungkin ada benarnya & mungkin tidak.

[1] Masyarakat Barat masih menebal malunya.

Saya berkata demikian kerana sepanjang saya berada di sana di musim panas, JARANG sekali saya berjumpa mereka yang bercium, bercumbu-cumbu atau berpeluk-pelukan, baik di taman-taman atau di tempak mana sekalipun. Boleh dibilang dengan jari kalau terserempak pun.

Justeru, keadaan sosial remaja Melayu hari ini meniru apa? Tidak dinafikan apa yang dipaparkan cerita dari Barat itu tidak menggambarkan sepenuhnya bahawa disebalik masyarakat yang pincang, ada juga yang baik. Seperti ada negatif, semestinya ada positif.

Saya siap berpesan pada adik saya yang sudah pun ke Malaysia, bersiap sedialah untuk melihat kejutan sosial Melayu hari ini dibandingkan 6 tahun lepas.

[2] Kemudahan Pengangkutan Awam.

Kemudahan pengankutan awam mereka amat baik sekali. Sekalipun keadaan nampak lusuh dan tidak berkilat, tetapi gerabak keretapi yang membentuk sebahagian sistem pengangkutan awam terAMAT-AMAT EFISYEN. Tiket seharian (day ticket) mereka berharga dalam 5.30 pound di London (untuk Underground kawasan 1) dan Euro 17.00 untuk di Paris (untuk Metro, RER & Bas kawasan 1).

Anda boleh kemana sahaja di London & Paris hanya berpandukan peta Underground di London atau peta yang disediakan oleh stesen pengankutan awam di Paris untuk pelancong. Semua kawasan utama terutamanya kawasan pelancongan, kawasan komersial & taman-taman awam dihubungkan secara berkesan oleh jaringan pengangkutan awam ini. Anda tidak perlu berjalan jauh untuk menikmati semua ini. Dan sistem keretapi@LRT ini menghubung juga kawasan yang 2-3 jam perjalanan jauh & lapangan terbang.

Di Malaysia, malangnya saya berpendapat keadaan ini belum tercapai - buat masa ini. Saya amat berharap Kerajaan Malaysia dapat menggunakan duit subsidi minyak untuk menambah baik dan mengembangkan sistem pengangkutan awam (terutamanya LRT) ke kawasan Shah Alam, Subang, Klang dan sebagainy. Buat 2 tingkat macam RER kalau boleh, boleh ramai lagi orang naik. Tak le sesak macam sekarang ni.

[3] Pembuangan Sampah & Kitar Semula

Budaya kitar semula amat kuat disini. Sudah menjadi norma masyarakat. Plastik sampah untuk bahan-bahan yang boleh dikitar semula dijual berasingan dan ditulis RECYCLE.

Untuk membuang sampah pula, anda perlu membeli pelekat untuk buang sampah dari City Council yang bernilai Euro 4 setiap satu dan melekatnya di plastik sampah sebelum anda membuang sampah. Jika tidak, sampah anda tidak akan diangkat sehingga ia berderderai di hadapan rumah anda sendiri. Anda tidak mahu itu terjadi bukan?

Oh ye, sundries shop, SPAR (macam 7-Eleven) & supermarket di Ireland tidak menyediakan plastik bag percuma untuk barangan yang anda beli. Kena bayar harga yang tinggi untuk mendapatkan plastik beg dan anda akan dipandang pelik kerana memerlukan plastik beg, nampak sangat tak sayang alam..hehehe. Di Tesco, saya mendapati anda kena ada beg sendiri untuk membawa balik barang-barang yang dibeli dan juga anda boleh bayar sendiri barangan tersebut di Self Check in Counter! Check-in barang sendiri dan bila nilai belian dipaparkan di skrin, anda cuma perlu masukkan duit dalam slot. Macam beli tiket komuter. Tak perlu ada Cashier!

[4] Barangan dapur yang murah

Selama saya di Dublin, saya dapati barangan di sini memang murah. Pemerhatian ini dibuat dengan tidak menukar nilai Euro kepada RM. Boleh dikatakan Euro 50 boleh membeli barangan dapur untuk seminggu. Berbanding di Malaysia, RM 50 hanya boleh beli barang dapur yang tidak sampai pun sehari!

Tidak terhad kepada barangan dapur, barangan keperluan seperti pakaian juga murah pada musim SALE. Kadang-kadang pakaian boleh didapat pada nilai Euro 1 pun ada!

...Itu sahajalah yang saya terfikir sekarang ni.

0 choices made: